kbba

Latest Posts

Cerita kami Typical mommy dan MHA yang terakhir

By 1:31 PM

As salam...

Alhamdulillah...
Masih lagi bernafas untuk hari ini.
Esok? bernafas lagi kah kita?
Hanya Allah tahu.
Andai ini entry terakhir......
Sedekahkan la Al-fatihah kepada ku.
Terima Kasih kawan...

Tahun 2014 ni aku rajin sangat berblogging.
Alhamdulillah.. sejak join segmen dan GA banyak dah dapat follower baru.
Selain tu, semakin rajin menwajibkan diri singgah ke rumah blogger lain.
Tinggal jejak.
Cuma kadang2 tenet problem je buatkan komen aku hilang...
Soobbbb.........



Apa-apa pun, 2014 memang indah.
Walaupun negara kita dilanda pelbagai musibah.
Kita anggap la Allah tu tegur kita.
Tegur supaya kita ingat dia.
Mungkin kita terlalu lalai dengan dunia.

Tahun 2014 juga, tahun aku berhijrah
Menutup aurat sebaik mungkin.
Mungkin ada yang terlepas, insya allah semoga 2015 akan semakin lengkap.
Aku insan biasa yang mungkin ada terlepas pandang.

2014 juga tahun aku nekad untuk berbusiness.
Dikurniakan 3 hero dalam hidup aku sebagai tulang belakang rasanya sudah memadai.
SSM dah register.
Customer semakin ramai.
Kedai ayam pandan insya Allah di Puchong.
Siap yang boleh terus direct kesana.
Tapi, kecik je.
Tumpang rumah mak..
Bahahah...

Perancangan untuk menambah ahli keluarga belum lagi.
Insya Allah nak focus business sehingga dapat income tetap.
Kemudian berbusiness dari rumah sambil memboncet dan hantar amik anak dari sekolah.
Indahnya perancangan.
Tapi, lagi indah apa yang sudah dirangcang oleh-Nya.

Adios 2014.
Ku harap segala yang pahit, hilang dari ingatan.
Segala yang indah kekal sebagai kenangan.
Segala dugaan dijadikan panduan dan tauladan.

Happy new year.
Assalamualaikum.





You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. happy new year! semoga segala usaha kalian diberikan ganjaran dan diberkati oleh Allah.. gudluck for Aline Works!!

    ReplyDelete
  2. kenangan suka dan duka sepanjang 2014 sentiasa di ingatan..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers