Dah blocking kereta orang, sila sopan sikit.


As salam...

Ishh.. tengah menyirap ni...
Rasa nak cari sirap je ni.
Sakit hati tau.
Mood dah la kelaut hari ni.
Pastu tak ada sape plak nak layan.
Memang dah sampai tengah laut dah mood ni.
#inisumesalahbbw



Lunch tadi, aku pergi Jaya Grocer kat Cheras Sentral tu.
Beli barang dapur.
Huhuhu..
Mithali sangat ok.
Korban masa lunch semata untuk beli barang nak masak.



So, husband kata ikut suka la nak pergi Giant or Jaya Grocer.
Memula tu, lin nak la pergi Giant. Tapi, bila fikir2 balik baik macam best je dapat g JG
Kat sana ada MPH...
kriikkk...krikkk..
Hahaha...
Sempat la beli novel baruuuu..
#silajanganjeles

Tapi, aku ada syntom bila sampai kedai buku aku tak tahu nak beli apa.
Padahal, semua dah ada dalam kepala otak dah before melangkah masuk.
Memang syntom tak normal datang bila masuk kedai buku.
Sebab tu tak dapat pergi BBW kot.
uhuhuh..
#moodmasihsentap

Masa nak keluar parking, adalah hamba Allah blocking kereta ku.
Ok tak per, perkara normal kat UCSI ni.
Especially pada staff la kan.
Time cuti sem ni, even student tak ramai staff boleh tahan ramainya.
Dia tinggalkan no phone.
Ok, aku sms dulu la.
Habis credit tau.
Tunggu seminit...dua minit... sampai 5 minit.
Ishh buang masa shopping ni.

So, aku pun call.
Baru je aku tanya ini en. tttttuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt???
Dia boleh jawap ye saya... ermmm boleh cakap cepat sikit? saya tengah online ni... ??

Oittt... aku tunggu 5 minit tau. Aku baru cakap nama ko je, dah kena sound.
Terlebih sivik  tau.. mood aku dah kelaut tak dapat g BBW semalam.
Kena g beli barang dapur pula tengah hari tegak ni.
Mula la aku panas...

Then, aku jawap.
"Tak kesah la en tengah sibuk ke apa ke? en. tak terima sms ke? ni, nak mintak tolong alihkan kereta saya nak keluar!"
korang rasa nada aku camner waktu tu??
Marah tak terkeluar.
Tapi, kalau orang sensitive boleh tahu aku tengah marah la.

Aku tak kesah la sapa pun nak double park kat depan kereta aku ni.
Tapi, dah tahu blocking kereta orang, standby phone kat depan mata.
Jangan bagi orang tertunggu.
Kot kalau emergency tadi macam mana?
Pastu, jawap sopan la.
Ingat aku bank la tu.. takut la tu...

SEBALLLLL!!

Jawap talipon.. jangan kekwat sangat tau!
Masa dia alih kereta tak hinggin aku tengok muka dia.
Choii sangat.
Hilang mood excited shopping tau.





Post a Comment

6 Comments

  1. dah la panas terik , hati lagi lah panas ya ... ok la dah settle .

    ReplyDelete
  2. Eh.menyampah nya mamat nih..giler annoying..mmg pttla suka blok keta orang..kalau akk mmg xgemo blok2 keta org ni kalau pesen xtumpu sgt kat hp kan..huhu

    ReplyDelete
  3. akk yg baca pun panas jer rasa... manusia...

    ReplyDelete
  4. Takde perasaan hormat pada orang lain tu. Macam tu memang boleh hilang kesabaran kan.

    ReplyDelete
  5. Hadoii..mmg sakit klu kne camni..sabar yer..

    ReplyDelete
  6. aduhai.. boleh pula di beri alasan macam tu yer.

    ReplyDelete