Helmet makan tuan


As salam...

Helmet makan tuan dah...
Makan kepala aku lagi.
Yang buat kena makan, si Harris Adeel.
Tak padan dengan kecik, sekali dia baling helmet kena kepala aku...
TEPAT!

Haaaa.. ko. Menangis mummy dia kena hentak dengan helmet gitu.
Bengong jap kepala ni.
Macam biul 5 minit pun ada gak la.
Tak tahu nak pukul ke, nak marah ke...
Yang boleh, aku merajuk je..
Merajuk dengan budak umur 1 tahun 6 bulan.
Ko rasa?? Patut tak?



Aku tak kita.. merajuk gak..
Mogok tak mo kawan dengan Harris.
Sakit tau.
Dia boleh selamba baling helmet tepat kena belakang kepala aku.
Ko rasa???
Tak ke bengong sekejap.
Nasib baik tak hilang ingatan.

Ni gara2 Harris dengan Hafidh main kat belakang dalam kereta.
Entah apa dia main, lepas tu terus amik helmet dusssshhhhh...
Aku redho..
Nasib baik ingat password blog
=D

Pagi tadi, dia buat hal sekali lagi.
Sengaja nak mengamuk.

Masa nak keluar rumah, dia mintak botol susu.
Biasa bila nak susu, dia akan baring
Lepas amik, dia pun nak baring la kat depan TV.
Orang lain semua sibuk pakai kasut dah masa tu.
Dia nak baring.
Memang mmy dia tak bagi la kan.
Orang dah nak keluar rumah.
Pukul berapa plak nak tunggu dia habis susu ni.

Aku panggil dia.
Dia marah.. pastu baling botol.
Hamboi anak.. mengamuk siap baling2 botol susu?
Kemain yek...
Aku panggil lagi...
Dia hentak2 kaki.
Sampai tertanggal kasut.

Aku pun pergi dekat dengan Harris.
Sekali dia mengamuk versi tepuk tangan..
Kalau sebelum ni, dia mengamuk tepuk lantai.
Sekarang tepuk tangan.
Konon geram sangat la tu.
Siap tepuk geram2 gitu.

Aku tengok pula tak sampai hati bila dia mengamuk sakan gitu.
Aku pujuk dia.. baru ok.
Pastu mintak dukong.
Adoii.. Dah 11kg ko Harris tak larat nak dukong dah.
Tapi, layan kan aja lah...

Layan gambar selfie 3 beranak pagi tadi sikit... =D

tengok harris macam pelik tgk perangai mmy ajak selfie

hafidh berlakon. padahal dia yang terhegeh2 nak selfie

Manja sebelum buat perangai.
p/s: Abaikkan aku yang tembam tu ye. Sapa komen aku gemuk aku tak approve.

Sekarang ni, dia memang baran betul.
Aku nak kena cuba control baran dia tu.
Mengamuk, tak ingat.
Sabar je la.

Ada tip tak parent lain??





Post a Comment

7 Comments

  1. anak ain yang si kecik tu baran....ya Ampun...sebijik perangai papa dia....suka nak marah..bab yg baling helmet tu kan..kalau ain mmg dah naik angin dah...sakit kot...ain boleh bayangkan sakitnya mcm mane...
    huhuhu...nak cool kan baran dia..kene ckp elok2..peluk2..pujuk..baru dia ok...

    ReplyDelete
  2. Hadoii..
    Sakit tu baling dengan helmet..
    Anak akl yg aish tu suka jugak baling brg..klu blg sengaja kat akk akk lepukka aje tangan tu..kalau ada abah dia mmg abh dia mrah akk..lalalla

    ReplyDelete
  3. kalu akak pukul gak dia skit. bg pengajaran. len kali xleh buat gitu...

    ReplyDelete
  4. Anak kedua saya suka baling barang.pantang kita marah sikit mula nak baling macam2 kat kita.hangin betul la..ikut siapa la ..sebab ibu dan ayah dia baik..ekekekke

    jemput join segmen ..

    http://www.dianarashid.com/2014/12/ini-entry-terbaik-2014.html

    ReplyDelete
  5. Sakitnya...adoiilaaa...sabar jer la alin...hehe...tapi kena tegur jugak tu, takut selalu2 jadi habit plak kan...

    ReplyDelete
  6. alahai anak..klu CN kadang2 hilang sabar gak, sakit tu ! pernah kena baling dengan hp terus kena kepala, mau menjerit sakit CN..huu

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  7. huhu..memang sakit la lin...
    huhu..sabar je la lin.. biasalah budak2 tgh mbesarkan

    ReplyDelete