kbba

Latest Posts

PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome

By 5:33 PM , , , ,

As salam...

Terpanggil nak kongsikan kisah anak syurga lagi.
Adik Izz. Atau nama penuhnya  Izzsyraq Azraq



Beberapa bulan sebelum ni, Ben Ashari ada pos di wall FB mengenai adik Izz.
Terus aku baca.
Dan dari situ, ada blog Bapa adik Izz.
Telek setiap entry. Dan setiap cerita mengenai anak syurga ni.
Allah...
Berat dugaan Adik Izz.
Walaupun masih kecil, tapi dia diuji dengan penyakit Short Bowel Syndrome
Penyakin usus terpendek.

si comel adik Izz

perkara biasa untuk adik izz - muntah

Siapa sangka, si comel ini seorang pejuang kecil




Usia Adik Izz sebaya Harris Adeel.
Melihat kesakitan adik Izz, terkesan jua kat aku.
Andai aku ditempat ibubapa adik Izz.
Kuatkah aku???
Allah... tak sanggup membayangkanya.
Sekecil ini, acapkali di bedah.
Sedangkan anak sendiri dicucuk jarum, kita dah sedih.
Inikan pula ditoreh untuk bedah.
Hanya Allah tahu perasaan Ibubapa Adik Izz.

Cerita KRONOLOGI PEMBEDAHAN membuatkan aku speechless.
Pelbagai kaedah dan cara untuk memastikan adik Izz kekal sihat.
Pelbagai perancangan diaturkan oleh pakar untuk adik Izz.
Dan aku harap, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.
Berat mata memandang... berat lagi bahu ibubapa adik Izz.

PRAY for Izzsyraq Azraq

Adik Izz...
Walaupun untie tak pernah jumpa awak...
Untie akan tetap doakan yang terbaik.
Rupa awak yang comel, dan aksi awak yang mencuit hati membuatkan untie tak nak terlepas dari update cerita awak.
Semoga sihat seperti rakan sebaya adik Izz yang lain.
Untuk ibubapa adik Izz.
Bersabar dan bertabah la.
Segala ujian adalah hadiah dari Allah untuk kalian.
Segala yang diaturkan adalah yang terbaik untuk kita.

Maaf andai entry ini ada salah info atau mengguris hati.
Dari Allene, hamba yang serba lemah.

Untuk info lebih, boleh ke FB PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome




 

You Might Also Like

1 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers