Rambut jatuh

As salam...

Macam mana yek rambut jatuh tu?
Korang tahu tak?
Kalau rambut gugur tu, aku tahu la kan.

Sabtu hari tu, awal pagi lagi kitorang dah bangun.
Siap2 kemas apa patut.
Siap kemaskan anak-anak semua la.
Ada kenduri kahwin sedara kat Taman tasik titiwangsa.

Kalau kenduri sedara datang awal apa salahnya kan.



Masa nak sikat rambut Hafidh, dia cakap kat aku macam ni.
"Mi.... rambut jatuh..."
Sambil urut-urut rambut kat dahi dia.

Aku pun blur.. owh.. tak suka jatuh ye, mi sikat la ni.
Sambil selit-selitkan rambut dia belakang telinga.
Sekali lagi dia cakap dengan aku.
"Ee... rambut jatuh... "
urut-urut rambut dia bagi jatuh..

Aku pun marah la..
Habis dah tak hencem.
Lantak la, mummy malas nak kawan Hafidh.
Mood merajuk sebab dah sikat hencem2 anak kusutkan.

Masa kat kenduri, daddy dia pula selak rambut dia yang jatuh kat dahi.
"Rambut jatuh la daddy.."

Terus daddy dia gelak.
Pastu panggil aku suh tengok hafidh..
Rupanya dia nak rambut jatuh macam korea tu..
Tutup dahi...
Jatuh celah2 telinga...
Aduhh... 1st time tau aku dengar rambut jatuh ni.
Biasa budak mintak rambut pacak.
Ni, nak rambut jatuh..
Akal betul la anak aku ni.

Sorry la nak, mummy memang lambat pick up sikit kalau bab bunga-bunga ni.
Nasib daddy faham.
Kalau tak, kesudahla mummy marah.
Padahal, mummy pun suka gak rambut jatuh dari rambut pacak.. =D





Post a Comment

1 Comments