Review Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk Yang Sangat Berkesan


As salam...

Lepas pos entry pasal buglock masa kak Mia Liana buat giveaway hari tu, ramai gak la tanya aku, kat mana beli?? Bekesan ker??

Hari ini, boleh la aku review berkesan atau tak Bugslock - Gelang penghalau nyamuk ni. 
TQ kak Mia dan pihak X-cube yang bagi peluang aku untuk try gelang ajaib ni.

Gift from X-cube

Bab nyamuk memang dah jadi masalah serius bagi aku. Nak bawak my Kids yang kulit sensitive main kat taman memang susah. Sikit-sikit  bintat. Sikit-sikit merah dah bertanda kat tangan la, kaki la, muka la. Aduh. Memang serik nak bawak my kids pergi tempat yang ada nyamuk. Even taman mainan pun banyak nyamuk tau.



Tapi, as parent tak sampai hati la nak sekat aktiviti anak. Kena juga la bawak pergi main taman, main bola. Main bagus untuk perkembangan otak dorang untuk membesar dan belajar banyak benda.
Jadi, aku kena cari solution untuk elak kena gigitan nyamuk kat my kids.

Sekarang dah tak ada masalah lagi bila guna bugslock, pakaikan kat tangan or kaki dorang, main la sampai penat. Nyamuk, sikit pun tak gigit. Suka sangat tau.

Weekend hari tu, kami balik JB. Macam biasa, kids kalau balik kampung memang seronok sangat la.
Kat kampung tanah lapang banyak. Puas la dorang main. Bila nak main je kat luar rumah, aku cepat2 pakai kan gelang penghalau nyamuk tu. Dorang tak melawan atau rimas. Elok je dorang pakai.

Main sana sini, celah pokok, tepi longkang. Aku pun dah tak risau kena gigit nyamuk. Seronok bila tengok anak2 gembira je main, tak kena halang macam selalu.

" Hafidh.. Harris jangan pergi situ, banyak nyamuk... "

" Hafidh.. Harris jangan dekat dengan longkang, nanti nyamuk gigit..."

Macam tu la selalu ayat aku halang anak2. Kecian pun ye jugak. Cuma lepas pakai bugslock ni, tak risau dah. Memang product anti-nyamuk yang berkesan la. Memang gelang ni, cara mengusir nyamuk terbaik untuk kanak-kanak.


2 Beradik yang tengah rebut bola

Ini budak memang selalu berdrama bila main. Terguling, duduk perkara biasa

Adik pula merajuk, sebab mummy tak bagi jalan jauh. Penat kejar nak.

Ok, belanja muka comel satu Harris. 

Specialnya Bugslock ni, boleh dipakai selama 240 jam.
Ha... baguskan. So, lepas pakai petang tu, masuk rumah mandi, malam nak tidur, boleh pakai semula. Korang boleh simpan semula dalam plastic yang dorang bagi tu, sebab ada zip lock. Best kan.
Bau serai wangi tu best je... Tapi, nyamuk tak suka. Hihihi. Anak2 pun tak alah dengan bau tu. Kalau tak, takkan dorang suka pakai kan. Sampai tak nak bukak.

Bahan-bahan yang terkandung dalam gelang tersebut :
- 100% daripada bahan semulajadi, termasuk minyak lavender dan kandungan lain (30%)
- Lengai ( 70%)
Berat bersih - 3g

Bila malam, si adik lin pakaikan kat kaki. Abang request nak kat tangan

Lena sampai tertonggeng tau

Adik malam memang tak suka pakai seluar. Huhuh lagi la nyamuk suka. Tapi, ada bugslock selamat la peha dia.
Secara keseluruhan ni, memang aku recommend kat semua parent yang anak macam anak aku tu. Tak suka mainan indoor. Suka bebas dan explore dunia luar. Nyamuk bukan lagi menjadi penghalang untuk anak anak bermain.



Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.







Post a Comment

7 Comments

  1. betul..yang ada ank suka main2 kat luar rumah tu wajib ada la bugslock ni...

    ReplyDelete
  2. Comel tengok anak-anak tidur bergelimpangan ..
    Mesti nyenyak sungguh tu.. best nyamuk xdtg..
    anyway, best of luck to you too :)
    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  3. alorh alorh, comelnya tengok anak-anak ni tidur bebas gangguan nyamuk ...

    Mama Niza

    ReplyDelete
  4. tiada lagi gangguan nyamuk dengan bugslock,
    shad singgah dari segmen sama,
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    ReplyDelete
  5. insect pun dia dapt cover sekali tak?
    pakai kat tgn then cover 1 badan ke? huhu
    nak nak benda ni
    ta tahan nyamok/insect kalau blik kg
    kne ggit smgu bru hilg gatal nya ...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete