kbba

Latest Posts

Sudu kan ada....

By 9:38 AM , , , , , ,

As salam...

Wah.. pagi lagi aku dah main ketuk-ketuk keyboard.
Senyum sampai telinga... =)

Aku suka waktu-waktu ni.
Waktu final render 3D aku.
Sebab masa render, aku banyak sangat masa nak bersosial
Cuma PC jadi lembam la..
Hihihih





Semalam masak nasi lemak...
Pergghhhh. Habis diet sebulan aku. T_T
Laki request. Masakkan je la.
Makan sesenduk je.
Ok kot.
Anak-anak pun suka je makan nasi lemak + ikan bilis + kacang
Itu pun dah pelahap.
Cuma.... bersepahnya buat aku penat membebel.
Yela.. balik kerja kena masak.
Dah masak, bagi anak-anak makan.
Dah makan, kena mengemas..
Huhuhuhu

Pagi ni, bawak bekalan nasi lemak pula.
=D
Dah jadi 2 senduk nasi dalam perut la...
Tak pe, esok diet semula.

Tengah sibuk nak masukkan kan nasi dalam bekas, hafidh datang mintak biskut.
Biskut balance buat cheesekut yang aku simpan dalam tin tu dia ketuk-ketuk.
Settle masukkan nasi lemak, aku pun nak bagi hafidh biskut tu.
Dengan pemalasnya, aku try bukak guna jari je.

Eh.. tak boleh la hafidh ketat.
"sudukan adaaaa.... "

Hafidh tetiba cakap macam tu...
Aku pun terkejut, terus pandang muka dia..
Betul ker anak aku cakap macam tu.

Then, aku amik sudu, bukak penutup tin biskut.

"ha... boleh pun..."

T_T" huhuhuh... anak dah pandai.
Mommy plak rasa malu tetiba.



Lepas tu, masukkan biskut dalam tupperware senang bawak pergi umah bs.
Hafidh amik duduk terus kat dapur tu makan dengan Harris.
Siap bersila 2 orang anak aku tu...
Ya Allah budak-budak ni, apasal nampak macam lapar sangat??
Semalam makan nasi lemak kot.
Confius mummy...


macam-macam akal anak bujang sorang ni.
Bila bergabung dengan adik, memang habis la mummy daddy dia.
Love u anak!!!




You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. Replies
    1. ni baru 2 tahun ++ sok 20thun entah apa kena sakan agaknya.. uhuhuh

      Delete
  2. hehehehe... wah, bijak betul anak akak tu. hehehe.. terkena sudah :P

    comel diorang ^^, saya suka gambar WE akak kat sidebar tu.. :) potret keluarga bahagia terserlah. hehe

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers