kbba

Latest Posts

Akibat berjemur bila matahari tegak

By 8:59 AM , , ,

As salam...

Allah.. rindu gila kot ngn blog aku ni.
Nak update guna hp, macam tak best.
Nak blogwalking pun, tak puas.
So, tahan je la sampai hari selasa ni.

Hari ni, leh la ber "bw"
Sorry ye korang. Banyak cerita aku dah miss ni.
Jup lagi, aku selongkar 1 per 1.

Hujung minggu hari tu, ya Allah serius penat sangat.
Sabtu, lepas kemas rumah, kami rushing g kenduri kawin opismate D.
Balik tu, amik ayam pandan pula hantar ke KL.
Ada member dari Ipoh order.
Lepas tu, lari ke puchong cepat2 sebab ada orang nak amik ayam pandan 2box.
Tak boleh lambat sebab dia nak balik N9.

Ko ghase??
Terkejar2 wei..
Jantung aku ni laju je dupdap dia.
Huhuhuh.
Tapi, aku happy.
Permintaan ayam pandan memang diluar jangkaan.
Sampai daun pandan yang poksu D bagi dari JB pun tak cukup.
Ahad tu, aku kena pergi kampung seri aman cari daun pandan.

Alhamdulillah.. Ada juga.
Sempat gak la husband aku tebang 3-4 longgok.

ni separuh je. Separuh lagi dah siap lap dah. 



Balik dari amik daun pandan, aku cepat2 bersihkan daun tu.
D, pulak  bungkus ayam pandan.
Sampai la lepas zohor aku dok ngadap basuh dan lap daun tu.
Selesai semua, siap2 pergi Klang pula hantar ayam pandan.

Petang tu, amik party kit Hafidh untuk besday dia.
Lepak jap ngn member, kitorang borak pasal business.
Auuuwww... dasyat sangat topic tu.
Nasib anak2 tak banyak ragam.
Dorang pun dah penat kot sebab ikut mmy ddy kehulu kehilir.

Malam tu, bermula akibat dari berjemur di tepi longkang.
Orang tua-tua kan selalu berpesan.
Jangan main masa tengah hari tegak.
D sakit2 kepala.
Rasa macam nak demam.
Ayam pandan pula, ada lagi yang nak kena bungkus.
D dah tak larat sangat, dia makan panadol terus zasss... ZZZzzzzz
Aku la yang membungkus ayam pandan dengan my mom.

Isnin, harris pula start demam.
Masa kitorang amik daun pandan tu, budak2 tu, elok je berlari2
Main kat tepi2 longkang.
Akibatnya Harris la kena.
Demam dah anak bujang tu.


Customer order. Thanks mimi. 

Tak pe la.
Pengajaran kami.
Lepas ni, nak amik daun pandan tu, suruh D pergi pagi2.
Lebih afdhal aku rasa

Korang yang ada daun pandan banyak....
Dalam 5-10 kg.
PM aku ye.
Nanti, leh la kita berbusiness gether2...
Ni no phone 019-2523932 Whatsapp je tau.
Jangan Call.
Pening aku klu ramai sangat call.
:P
Nanti kitorang datang tgk.






You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. sedap2.. rugi sapa tak cuba..
    lin.. lupa nk bgtau umah mimi banyak daun pandan..
    ptg nnt mimi hntr gmbr pokok pandan dkt umah mimi..
    klu berminat boleh amik.. hehe

    ReplyDelete
  2. kalau kat kampung2 mudah nak dapat daun pandan.tapi kat taman perumahan ni tanam untuk makan sendiri je..tumbuh pun segan je dia..heheh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulliah..maju bisnes sis..semoga terus sukses ye sis

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers