Berjaya diaper FREE - Hafidh Aryan (Stage 1)

Alhamdulillah...

Akhirnya... kini pasti...
*versi anita sarawak yang MIA*

Hafidh dah tak pakai pampers uloss..
Vangga mak!
Eh.. ingat senang nak potty train anak ni??
Mencabar kesabaran aku tau.

Benda ni dah lama dah aku start.
Cuma sempat share kat IG je.
Kat blog aku tak cerita sebab tak berjaya lagi.
Now, dah berjaya.
Leh la share kan...
Real testimoni gitu..
Bahahah...

OK, benda ni, aku start masa bulan 10 kot. 2014
Aku dah start terfikir nak hantar Hafidh pergi school.
Tapi, perkara pertama harusla free diapers kan.
So, aku bgth niat suci murni kat husband dulu.
Then, lepas dia setuju bermula episod mintak izin ngan BS pula.



Ko tahu apa BS kata??
Kalau nak ajar tak pakai pampers, kena dari rumah dlu.
Kalau dah pandai, baru kak ana ajar.
Dalam hati aku, dah pandai wat apa nak ajar lagi???
Huhuhu...

Susah la kan, bila wekend penat2 kita dah ajar anak kencing dalam toilet.
Bila isnin, pakai pampers.
Confirm la dia lupa nak cakap pergi kencing.
Sabar je la.
Macam mana la kan nak ajar klu BS tak bg kerja sama.
Sedih tau.

Stage 1st

Dengan semangatnya aku angkat karpet semua pergi simpan.
Cuma ada tikar cartoon dorang je.
Bantal kecik2 yang tak berkenaan pun aku simpan.
Lepas tu, setiap 20 minit aku tanya soalan cepukmas.

"hafidh nak kencing tak??"

Anak aku, masa ni mana tau apa itu KENCING.
So, memang dia geleng la.
Lepas tanya, aku terus bawak g toilet.
Suruh cangkung dan dia kencing.
Bila dah kencing aku bgth dia.
Haaa... pandai pun Hafidh, ni la kencing.
Kalau nak kencing, bgth mmy ye.

So, 2-3 jam aku gigih la bawak kebilik air.
Ada time dia tak kencing pun.
Pastu, main2.. tetiba terkencing...
Basah seluar.

Nak marah???
Tak boleh.. sebab dia tak tahu apa pun.
Ok, angkat bersihkan dia.

Main2 lagi...
"Eh.. mmy nak kencing la... "
Masuk toilet kencing..
Ok good.

Pastu lupa lagi... basah dah.

Tapi, yang bagusnya, bila dia terkencing dia tahu spot mana yang dia kencing.
Dan kalau air bnyk dia tak bergerak.
Bagus la kan.
Senang nak kemas.

Begitu la rutin aku
Selama beberapa bulan.
Bila kat umah BS, 100% pakai pampers...
Huhuh...
Stress tau..

Aku sampai give up.
Sebab ada orang kata takpe, nnt dorang sendiri pandai.
Memula aku fikir gitu gak.
Tapi, klu tak macam mana???
Tak kan nak beli pampers je?
Huhuh...
So, gigih la aku positivekan diri.
Eh.. bertengkak laki bini pun ada tau.
Aku gigih nak potty train,
D plak suruh pakai pampers sebab dia tak suka air kencing sepah2.
Hhuhuhu..

Nah belanja gambar masa awal2 potty train.

masa kat rumah, gini je la... berspender lagi senang nak ke toilet

time belajar pakai seluar sendiri... =D 


Ok la sambung nnt.
Boss dah mintak kerja...
Huhuhu.




Post a Comment

12 Comments

  1. bestnya anak u dah free diaper. farah pn dok train jugak nie.. hehehe.. memang memerlukan kesabaran yg tinggi kan.. =D

    ReplyDelete
  2. aku mencabar sikit bila duk umah mertua ni.risau lak aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ra.. umah mil mmg risau sangat. tp kena gak, harap mil faham la...

      Delete
  3. kan... bestnya.. nak ajar aisya gak.. bulan feb boleh start kot.. hehe.. jimat duit pampers kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul moon, dah boleh start ajar.. pampers pun dah kurang pkai. pakai masa tidur je

      Delete
  4. mencabar gak ye hehe pape pun tahniah tau

    ReplyDelete
  5. Seronok baca...hati mak sgt kentak aku salute u tauke ayam pandan...nak jugakkk....haa bagus ayat tu bg tau inilah kencing...nak tiru nak tiru...ok sabtu ni nak start light2 training....pray for me dear...budak Qi tu nak masuk 3 thn bulan 8 nanti...rasanya kena awal ajar...sebab next year nak masuk school...yeyyy hafidh free diapers...rasa nak bg sijil je kt u dear ehehhe nanti sambung cepat...potong stim nak baca hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck ju.... haha jup lg i sambung ye... =D

      Delete
  6. mesti pengasuh tu malas nak ajar..huhu..sabar je dapat pengasuh gitu..Mujur sekarang dia dah reti..dah pandai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... alasan dia sibuk pagi2.. tkut terlepas pandang. apa2 je la... uhuhuh

      Delete