Majlis MHA yang simple dan meriah


As salam...

Semalam dah story pasal tema.
Hari ni, moh ler story pasal hari kejadian pula.


Kita start dari Jumaat la ye.

JUMAAT

Pagi ni memang super busy.
Awal2 lagi dah gerak dari Cheras.
Anak2 pula kami tukar pampers dan salin baju.
Sampai rumah puchong pukul 7 pagi.
Sarapan kemudian mula la tugas.
D pergi pasar dengan Mak wan dan Tok yah.
Mummy plak kemas rumah dan get ready nak siang2 ikan dari pasar nanti.

Balik je semua orang dari pasar, bermula la siang ikan.
Potong sayur.

D pula, lepas balik pasar, dia ada follow up check up kat hospital.
Balik dari solat jumaat, D bawak Harris tengok kambing untuk sembelih.
D cakap harris takut.
Hihihi.. kan best kalau aku boleh join tengok sekali.
Hafidh dia tak takut.
Video dengan gambar tak payah kot aku share kat sini.
Ni berkaitan dengan keagamaan kan.
So, tak nak jadi macam gambar zizan yang kena kecam tu.
Huhuhu

Malam pula, aku tak amik bahagian dapur da.
Aku sibuk nak gantung segala mak nenek utk deko.
Bila orang tanya aku buat apa aku jawap nak pasang pelamin.
Bahaha

Lepas tu, datang la jiran2 yang nak tolong masak.
Malam tu, kari kambing dah siap tumis semua.
Cuma santan je kitorang tak masukkan.

SABTU

Awal pagi, bangun.
Buat sarapan, tapi tak heavy la.
Sebab malam sebelum tu, adik ipar aku dah bawak nasi goreng.
Pagi, just panaskan je.
Lepas tu, sedara mara ada plak bawak kueh mueh.
Lagi senang la kan.

Lepas sarapan, aku sambung buat deko.
Tak habis lagi aku punya deko pelamin.
Huhuhu.
Asik jatuh je wei.
Last2 aku buat dengan adik aku.
Tada... siap pun.

Finally. Alhamdulillah. 

Dah la dengan ada deep freezer kat luar tu.
Wire berbelit.
Pastu mak aku buat parking kawah dan periuk besar kat situ.
Huuh sabar je la.

Tak pe, yang penting bila tangkap gambar cantik.
Bahah boleh la kan.
Kang buat dalam rumah, orang tak perasan plak.
Xde plak nak tangkap gambar kat pelamin aku tu.

Tepat pukul 11 pagi, acara pun bermula.
Kumpulan yasin puchong intan datang memulakan majlis dengan bacaan yasin.


ni sesi salam menyalam... 

photo time. aku tenggelam habis. Pakai baju gelap la katakan... 


Selesai group perempuan, giliran student tahfiz pula.
Rasanya bacaan doa selamat juga kot.
Aku tak pasti, sebab dah sibuk kat luar.

Bahagian lelaki pula. Seronok tengok pelajar tahfiz..
Nanti Hafidh dan Harris jadi tahfiz juga ye. 


Makan time.


Suka tengok dorang. Penuh berselera.
D amik bahagian layan tetamu lelaki. 

Photo time. Gambar ni pun cantik je. Putih dan hijau. 
Settle tetamu khas.
Tetamu lain pula datang.
Alhamdulillah.. tak kalut sangat.
Kawan2 datang pun sempat lagi la nak melayan.
Tapi susah sikit sebab nak kena handle anak2 bujang.
Kadang2 mintak dukong.
Tak pun, mak panggil mintak tambah lauk.
Aisshh.. gitu la kalau buat kenduri kan.
Harap2 kawan2 semua faham.
Jangan ada yang terasa hati ye kalau ada kekuarangan layanan.

tq kak amy sudi datang. 

masa ni, sempat gak borak2. Rayyan br start enjin tu. ihih 


Ni kak kabu sempat masuk. Mak buyong yang gojes sentiasa.


Dan pada yang hadir semua.
Member2 yang tak sempat tangkap gambar pun ada.
Sorry korang. Aku tak menang tangan da.
TQ tau rakan blogger yang sudi datang dari gombak pun ada.
TQ kak amy, kak kabu, Nurul hidayat, Mayumie
Kawan sekolah pun dtg. Happy sangat.

BFF dan tulang belakang deko2 aku pun tak sempat nak tangkap gambar.
Next time ye dear. =D
Korang yang nak order deko2 tu, boleh contact kawan aku ni tau.
Service tiptop.
Aku bg link IG dia ye. http://instagram.com/kraftyqistkisscats/
*jenuh aku scroll nak cari ig ko ni wei*

Ok la, cukup la bebelan petang ku ini.
Moh layan gambo je. =D

pengantin yang br siap

family belah mak wan

mak wan dan anak2 dara nya. Eh.. mak dara pun ada. Cucu teruna pun ada. =D 

kambing tinggal rangka ye uolls.. tak sempat nak sambar.

kami! 
mak wan makngah  dan cikdah 

tok ibu dan mak ngah
Ok la. itu sahaja.
Daaa~~~



Post a Comment

3 Comments

  1. Meriah majlis tu..ramai jugak yang datang ye...

    ReplyDelete
  2. Kreatif nyer buat background tu.
    Combination warna pun saya suka.

    ReplyDelete
  3. Wahhh..meriahnya majlis..murah rezki tuan rumah..

    ReplyDelete