Masa tidur sangat penting untuk anak kecil

As salam...

Aku cakap masa tidur penting untuk anak2 bukan apa.
Time tidur la boleh jadi bonding time mommy dan anak.
Dan waktu2 sebelum tidur tu, la segala percakapan dan perbuatan akan mudah terakam dalam kotak fikiran anak.

Aryan sejak kecik dia dah manja dengan daddy dia.
Sebab aku tak larat.
Dengan perut lagi masa tu.
Memang sedih.. tapi, badan dan emosi tak menyebelah hafidh aryan masa tu.



Bila aris dah lahir, aku nekad nak cari masa dengan dia.
Dah time dia breastfeed, sampai sekarang, kalau tidur nak mommy.
Dengan daddy pun tidur gak.
Tapi, macam susah la.
Tak dengar suara mommy dia kot.

Sebelum tidur aku ajar dia baca Al-fatihah dan 3 kul.
Last sekali baca doa tidur sebanyak 3x
Dari kecik, kalau aku tidur kan dia, memang itu la caranya.
Dah habis baca, aku tepuk2 bontot dia sambil selawat atau zikir.
Dan selalunya tak sampai 5 minit dah lena.

Alhamdulillah.. dengan cara tu, aris semakin hafal Al-fatihah.
Bila dalam TV keluarkan bacaan Al-fatihah dia akan ikut baca sekali.
Walaupun dia amik yang hujung je, tapi syukur..
Nak juga dia ikut kan.

Bila tidur sekarang ni, masa baca doa tidur, dia dah tahu sikit.
"Bismikaallahumma ahya waamud" 
Selalunya aku akan baca lambat2.
Kemudian dia akan tamatkan bacaan..
"...amuuddd" 
Speechless aku dengar dia cakap macam tu.
Terharu pun ye.
Pandai anak mommy.
Itu la orang kata, melentur buluh biar dari rebungnya.
Semoga aku istiqomah untuk didik anak.

anak bijak mommy 




Post a Comment

1 Comments

  1. betul..kita kena mula kan..nanti dah besar mudah untuk diaorang sebab diaorang dah pernah dengar doa dan bacaan2 yang kita amalkan.

    ReplyDelete