kbba

Latest Posts

Terlupa helmet

By 9:15 AM , , ,

As salam...

Sebelum memulakan cerita birthday Hafidh, meh aku share 1 cerita paling sengal.
Si sengalnya adalah aku..
Huhuhuh

Bila pagi, mood tak baik mula la aku tarik muka masam...
Laki aku pun malas nak layan.
Bila dah hantar anak rumah BS, aku tunggu D start motor kat bonet kereta.
Sambil duduk kat bonet, sandar kepala kat tepi, pejam mata.
Mengantuk lagi.

Bila D sampai, aku pun bagi bag, naik moto.
Sampai la separuh jalan....
Sampai 1 tempat tu, apsal aku rasa tudung aku terbang beria ia sangat.
Motor D bawak tak laju mana pun.
Pastu baru teringat, aku tak pakai HELMET.

Masa tu, rasa terus segar bugar dah.
Cakap ngn D,
"Alamak... mi tak pakai helmet..."
Ha????
Laki aku punya terkejut.
Tetiba aku rasa nak gelak kuat2 kat atas motor tu.



Dah jauh wei.. dari kereta.
Tak kan nak pusing balik.
Dah la lalu highway.
Sengal unta sangat aku rasa.

Tapi, D patah balik juga.
Dia kata, pergi mungkin lepas
Balik nanti tak lepas.
Aku tetiba rasa bersalah.
Asyik mengelamun je..
Nasib D bukan jenis bebel2..
Hahahah...

Ok, ini dah kali ke dua aku lupa pakai helmet sebenarnya.
Before ni, dekat je.
Tapi, kali ni, jauh dah.
Aisshh..
Jangan jadi mcm aku. uhuhuh

Daa~~~



You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers