Bila anak "sound" mak bapak


As salam...

Anak.. oh anak...Makin besar makin pandai berkata kata. Ayoyyo... mommy daddy pening kekadang.. kekadang tu, tergelak kami dengar butir yang keluar dari mulut masing.
2-2 hebat bercakap.

Hafidh Aryan.

Wekend haritu, kami mmyddy gila malas nak bangun awal. So lajak tido lepas subuh. Hafidh tidor, still pakai pampers. Kekadang, bila dia kuat menyusu, mula tembus pampers.
Bila bangun pagi, aku pura2 tidur. Hafidh dia cakap dengan daddy

"daddy.. basyarrr... " 

"la.. hafidh kencing ker? "

" haah... ddy... jangan marah ye... jangan marah ye... " 

Hahahaha...
tergelak aku. dari nak sambung tidur terus tak jadi tidur.

Perangai suka melaram Hafidh memang dah kritikal. Selalu sangat nak pakai seluar jean. Dah sorok, dia amik adik dia punya pula. Dah la kecik, dia nak juga pakai. Padat macam mana pun kat punggong dia, ada dia kesah?? lols.

ragam dalam kereta.


Harris Adeel.

Budak ni, katogori banyak akal. Tapi, bila berkata kata hamboi... kemain. BS tanya harris anak sapa? mommy ke daddy?? DADDY dia jawap.
Bila setiap kali aku amik dia kat rumah BS, dia laju2 amik kasut suruh daddy pakaikan. Aku dah pegang kot kasut tu. Boleh dia rampas sambil bawak pergi kat daddy dia.
Hoiiitt.. sentap mmy tau.

Bila mommy sentap, tak mo dukong harris. Mula la dia mengesel2 kat mmy... Sampai hati ke mmy tak dukong??

Kalau dengan abang dia, ada je akal si kecik ni. Selalu gaduh. Kadang tu, bila dorang bergabung, meletop gak la aku. Lagi2 bila sepahkan flash card. Grrr....


time buli adik pula.

Ok la. lama tak menulis. Ayat sangkut2 rasanya. :P



Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sabar nak tengok anak sendiri bercakap...

    ReplyDelete
  2. anak2 bijak. mommy diharap bersabar tau. hihi!

    ReplyDelete