kbba

Latest Posts

Mak pun nak berblogging juga ker? - Gathering GBSB

By 12:44 PM , , , , , , , ,

As salam...

Selamat pagi Isnin semua.
Gigih aku compile semua gambar dari HP dan rakan lain
Nak abadi kan dalam blog typical mommy ni.
Memang typical sangat la story morry dia kan.
Meh baca meh...

OK.
Perlu ker mak2 zaman sekarang ni berblogging yek?
Pada aku perlu.
Sebab setiap apa yang berlaku, xde ulangan.
Lagi2 detik2 kita membesarkan anak dan pengalaman baru.
Abadi dalam blog dan in future anak2 baca...
Ohh... memang aku "BAIK" sangat dulu... patut mummy macam singa....

Haaa... itu la harapan aku.
Semoga anak2 dapat kenal perangai asli dorang
Dan cerita indah mereka sedari kecil gitu.
Tapi, up to u la kan...
Mungkin ini caranya ALLENE berkongsi cerita..
Lain orang, lain caranya.

Sejak berblogging, aku suka mendekatkan diri dengan group blogger.
Especially yang mak2 versi ni la.
Dorang suka story perkembangan anak2.
Dan kalau ada masalah, tak tahu nak mengadu kat mana2, leh tanya soklan kat dorang.
Blogger ni, rajin mengkaji dan membaca.
Insyaallah ilmu tu ada untuk dikongsi bersama.
Itu yang aku suka.

Dalam banyak2 group, aku suka group ni.
GOJES BLOGGER SUPERMOM AND BABY

GBSB

Seriously aku baru je dalam group tu.
Pengasas dia tak pasti siapa.
Tapi, admin dia aku kenal la siapakan.
Kang tak kenal, kena tendang plak aku.
Hohoho...



Ni kali kedua aku join gethering GBSB
Dulu masa besday party anak GBSB
Now sesaja gethering plak.

Kalau nak senaraikan ahli dia, aku tak mampu la kan..
Tapi, untuk yang join haritu, meh aku share muka2 dorang.
Hhihihi

dari kiri _ yati - allene - ciknaa - kak amy - aeen - myzatul - leenda - anis - rara - kayrul - acik anis - mimi

ni konon konon free style :P 


Muka close up sikit.

selfie tangan aku tak cukup panjang, maka muka ni je dapat masuk. 

Ini la muka mak2 yang rajin berblogging.
Ada juga yang kejap on off.
Almaklum la.. anak2 kecik, masa yang ada terhad sikit.

Aktiviti yang kami buat adalah makan.
Itu sahaja.
Bahahah...
Jangan tukar nama group mak2 gemuk yek korang..
Huhuhu.. nangis aku.
Rara ngn Kayrul dah kurus.
Aku entah bila..
Kan ciknaa... huaaaa~~~

makanan yang ada. meriah tau

seronok budak2 makan

dari acik anis. nnt free aku review ye

povlovarara.... ermm... nnt aku cite sedap ke tak

busy sangat kan kitorang ni 

sebakul rara bawak.. hahaha 

taklimat keselamatan dari sape entah... haaha lols

chocolate 

Kalau bab makanan ni, korang tok sah risau la..
Gojes memang pandai2 masak semuanya.
Datang confirm perut kenyang.

Aku cuma bawak popia otak2 dan air soya and laici je.
Hahaha
Tu je sempat wei...
Popia kena goreng panas2 baru sedap.
Kalau sejuk kureng sikit.
TQ juga sapa yang beli popia tu.

Anak2 bertaburan bermain.
Sambil menjemah, mata tu melilau gak la tengok anak kan.
Main buble la.. moto la...
Lari sana sini...
Owhhh... sakan korang kan...

harris tengah ngorat anak acik anis. bahahaha dia tak layan la harris...
ehh.. bukan harris dah ada awek ker??? urrmmmpp mak mertua marah nnt. 

Selesai sesi menjemah, kitorang bukak sesi lambakan barang dagangan.
Wah gitu.
So, rara jual tudung.
Aku jual hijab pins by mommylin.
Popia otak2.
Kak amy edar order makaroni cheese, lasagna
Acik anis edar order cheese tart dia.
Haaa... banyakkan.
Tapi, seronok.
Sambil bergether.. sambil menyoping gitu.

Selesai... nak balik, ada plak orang promote horlick choclate.
Aduhh... macam tau je kami ni blogger.
Free review la nampaknya.
Hohoho...

Haaa... tengok segala mak nenek dia bagi untuk tangkap gambar. 
Last sekali sesi bergambar.
Mak2 macam kat atas tadi tu.
Apak2 pun ada...


harris sipenyebok 

Sesi bergambar bapak2 plak. 

Ok korang aku enjoy sangat hari tu.
Thanks for invite me menjadi sebahagian group GBSB
Semoga berkekalan.
Mana yang terasa hati ada yang tak puas hati, tegur la ye.
Aku manusia biasa.
Kadang tak sedar buat salah.

As salam...


You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. waaa...
    syioknyaaaa
    nnti dh jdi mak mak boleh la join..hehe

    ReplyDelete
  2. ramai dah up entry ni..daku je belum lg..kat fon 1 gambar pun xde..x sempat oi nak pegang fon..dengan anak yg dok la berkepit je...adoiii..

    ReplyDelete
  3. bestnyeee..tak dpt join kali ni..sobsss

    ReplyDelete
  4. Keep up blogging. Saya pun emak gak. Kpd 5 org anak.. Zmn skrg mmg perlu berblogging... Rugi ho kalo tak berblogging... ^__^

    ReplyDelete
  5. amboi menantu ngorat sapa tu...??
    nanti tunggu mama join group ni..
    boleh ker? huhu

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers