Menyampah tengok muka perempuan ni


As salam...

Semalam ada veet malaysia bukak booth kat UCSI sini.
So, dorang buat promosi veet dan pencari model 2015.

Aku malas nak jejakkan kaki dekat dengan dorang.
Kang kena promo macam2 suruh beli.

Entah macam mana semalam, masa nak g reception aku lalu sebelah dorang.
Ada sorang girl ni tahan sambil buat muka sedih.

Dia kata, ala akak.. tangkap gambar je.
Nanti kitorang bagi voucher rm2.
Akak beli ni dah murah, tolak lagi RM2 kan murah..
Bla..bla...

Aku bagi jawapan klise..
Jup lagi saya datang balik ye.
Masa otw nak balik opis kena tahan lagi.
Aku pun ok je la.
Tangkap gambar apa susah kan??



Sekali aku pun tangkap gambar.
Tunggu 10 min sampai gambar siap
Aku cabut naik opis.

Sampai opis, aku pun belek2 gambar
Ishh.. hodoh betul muka.
Dah la tak make up
Pucat je rupa.
Gemuk plak tu .
Huhaaaaaa... tengok muka sendiri pun tak lalu ko...

Aku kemas meja, susun gambar anak2 pastu letak gambo tadi.

Lepas buat kerja aku tengok muka anak, tengok muka sendiri.

Euuuwww.. makin lama makin menyampah wei tengok muka sendiri.
Hohohho...
Apsal entah.
Aku cakap ngan member belakang ni.
Apsal yek.. menyampah tengok muka sendiri??
Dia pun bantai gelak.
Nak buang sayang.
Jadi, aku letak je la jugak gambar tu..

korang jangan menyampah plak. Aku sorang je boleh menyampah

dah 29 tahun hidup, merasa gak pose ala model sesat. ohoho 


Ok la. Da~~~


Post a Comment

8 Comments

  1. berat kes ni menyampah muka sendiri..
    ingat pembawakan budak tadi.. muahahaha..

    ReplyDelete
  2. Hahaha...kelakar la alin ni...errrr tapi ciknad pon kadang2 rasa camtu jugak!

    ReplyDelete
  3. hahahhaa ko ni lin..macam2 tau..tergelak aku baca

    ReplyDelete
  4. ni kes parah ni...hahah...

    anyway..jemput join my giveaway klau masih belum join ye :- http://eirza.blogspot.com/2015/03/mini-giveaway-by-erza.html

    ReplyDelete
  5. apa hal menyampah muka sendiri? haha.. parah~

    ReplyDelete
  6. haha..padahal pd pandangan mata kitaorang... cantik aje..

    ReplyDelete