kbba

Latest Posts

9 tahun - Melamar depan tasik

By 10:02 AM , , ,

As salam...

Hari ni 1 April 2015, genap la 9 tahun dari tarikh dilamar cinta hati dulu. Lama gila lamar baru kahwin. Huh... hahaha. Macam kelakar pun ada gak. Kitorang kawan dah lama before tu. Tapi, macam tak serius, tapi melekat 24jam. Asyik berdua. Aku pun dok confius. Bercinta ke tak ni.

Then, kitorang bincang hati ke hati. Nak serius. Kalau tak serius boleh pergi cari pakwe baru kan. Kahahah *gelak jahat*. So, bila decide nak serius D pun melamar. Jadi teman hidup dia. Pergghh...
Tangkap cintan plak dulu2. Tak sangka.



Masa tu kat tasik Shah Alam. D beli cincin simple. Tapi cantik. Murah je, kat Poh Kong. Cuma... cincin tu dah hilang... huaaaa... *tak mo ingat dah*

Nak kata melutut bagai tak ada pun. Biasa je. Straight to the point. D bukan jenis orang suka main konar2 ni. 5 Tahun lepas lamar, baru kitorang kahwin... Lama siut. Hahaha. Habiskan belajar dulu. Pastu parent aku kata, setahun lepas ada kerja tetap, terus kahwin. Nasib parent kata gitu, kalau tak drag lagi 5 tahun, tua tak kahwin la kami. lols.

Hari ni, bersaksikan GST, genap la 9 tahun bercinta dan berkenalan dengan D. Hujung bulan nanti genap 4 tahun berkahwin pula. Entry lain ye. Jangan muntah hijau please... =D

kami masa awal2 bercinta dulu. Tengok boipren i sudi pakai warna pink tau. 



You Might Also Like

2 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers