AMAN PALESTIN dan Kelab Blogger Ben Ashaari
As salam...
Ahad lepas, aku berkesempatan menghadiri majlis yang sangat bermakna. Iaitu Majlis Menandatangani MoU Rakan Korporat Aman Palestin. Bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Majlis yang berlangsung di Hotel Bangi - Putrajaya, Bangi. Mula aben bagitahu pasal ni, aku dah teruja habis. Doa2 agar dapat join. D tak kesah bila aku selalu ikut aktivity dengan KBBA ni, cuma dah jadi bini orang kena mintak izin la kan. Mintak je izin, walau pun tahu jawapan dia " ikut sayang la... " bagus laki aku kan?? hahah
Di Majlis ini, aku berkesempatan berama mesra dengan rakan blogger yang belum pernh berjumpa. Rasa seronok dan ukhwah tu semakin rapat. Yang dah pernah berjumpa pun semakin rapat. Alhamdulillah. Malu2 kucing tu memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan la ye.
Yang paling seronok adalah bila wakil dari KBBA membuat ucapan, iaitu saudara Razi dari blog www.razzwey.com. Tahniah Razi. Ko memang artis. Kikiki...
![]() |
Saudara razi. Good job bro!! |
Benda yang paling seronok dan terkesan dihati aku masa ucapan dari wakil Az Zahra dan Heliza Helmi. Sesuatu yang membuatkan kita patut bersyukur apa yang kita ada sekarang.
Semasa Heliza menceritakan pengalaman dia di Palestin, terasa sakit mata aku menahan air mata, Sedih. Besar betul dugaan mereka. Kita makan sedap2 di sini. Tapi mereka? Makan cebisan kotak yang di buat sup!! Allah... tersentap hati bila tahu saudara kita susah macam tu sekali. Letupan bom2 seakan sudah lali di telinga mereka. Sehari 100 letupan adalah perkara biasa. Sedangkan bunyi mercun biasa di sini dah buat anak2 aku menangis, inikan pula bom...
![]() |
heliza ketika mendendangkan lagu La Tahzan |
Selesai majlis, mari la kita tangkap gambar kenang kenangan. Bersama heliza dan KBBA. Tapi!!!! yang sedihnya gambar aku berdua dengan Heliza gegar arrgggghhh!!! Puas aku senyum ikhlas dapat peluk heliza. Sobbb... Sabar la ALLENE!!!
![]() |
KBBA dan Heliza |
![]() |
Tak semua ahli KBBA yang ada. Faz dah balik rasanya masa ni. |
Aktivity yang sangat bermakna. Kalau la aku single lagi, aku nak join g Palestin. Tapi, tak boleh. Rasa tak sanggup tinggalkan anak dan suami kat sini. Biar la aku membantu apa yang terdaya dari sini. Masih banyak cara lain kan..kan??
Semoga aku berpeluang untuk membabitkan diri dalam acara dan event seperti ini lagi. Seronok tau.
Thanks Aben bagi peluang kami join.
10 leave a massage here...
wahhh...best nie...ada nampak juga gambar abg ben masukkan dalam IG...
ReplyDeletebest kak.... =)
Deletenangis ooooo...ms heliza cerita
ReplyDeletekan linda kan.. aku tahan je.. aduh...
Deleteawwwww.... malu itewwww... hahahahahaa
ReplyDeleteeleh razi.. malu ker??
Deletebestnya dapat jumpa heliza..dia cute kan!
ReplyDeletecute, cantik.. aduh... bestnya sopan. aisshhh...
Deleteala..gegar pulak..heliza cantik..kan??
ReplyDeletetu la pasal diana.. frust nonggeng tau
Delete