Cara mudah lepas gian membaca

As salam...

Ramai dah tahu, aku memang kaki novel melayu. Cerita cintan cintun. Allene dan novel berpisah tidak. Bahahah. Even D pun tak pernah besarkan mata bila aku bawak balik novel baru. Hihih. Paling2 dia tanya, bila beli? Haa... itu je la.

Kadang2 kekangan masa untuk kita membaca kan. Lagi2 mommy macam aku ni ha. Tapi, kalau dah cerita best, sampai masuk toilet pun aku nak bawak. Dari termenung kan. Bahahah. Membaca terisi gak masa.

Kalau kat office macam mana nak membaca novel? memang tak boleh la kan. Kekadang tu, gian je aku nak membaca tau.
Tapi sekarang dah modern. Menulis baru tumbuh bagai cendawan. Memang tak ada masalah. Penulis sekarang kebanyakkannya ada blog sendiri. Banyak cerita dorang dah publish kat blog. Tapi, kalau novel biasanya tak full la. Tapi, korang boleh baca cerpen.



Cerpen lagi mudah la kot. Pendek dan tak meleret. Lagi2 time office hour. Lepas baca.. fuuhhh lega, leh buat kerja dengan happy hero ngn heroin dah bahagia. ngehh...

Antara E-novel yang aku selalu jengah kat sini >>link<<
Lepas baca novel dia dulu, aku dah kerap singgah blog dia. Sampai kat FB pun aku follow. Best2 tau cerita dia. Santai, tak terlalu berat sampai mengganggu emosi. Haaa.. tengok ayat novel dah keluar.
Dari pembacaan novel bagi aku banyak idea untuk improve writing kat blog ni. So, banyak juga la benefit aku dapat. Dari aku buat sesuatu yang sia siakan. Stalk orang pastu kumpul dosa.

Membaca buat aku lupa masalah. Betul ni. Macam sekarang, aku baru lepas baca cerpen. Sebab aku stress kena amend 3D. Penat tau. Buat tukar, buat tukar... Tapi itu namanya kerja. Dari aku duk ngumpat orang yang tukar2 design tu, baik aku baca cerpen. Lagi best. Fefeling jadi heroin lagi.

Selain itu, banyak lagi link blog yang best2 ni.

http://adahhamidah.blogspot.com/
penulis untuk cerita "jauh dari cinta" aku pernah review buku ni.

https://syamnuriezmil.wordpress.com/
penulis cerita "suamiku en.perfect 10"

dan paling banyak cerita di sini
http://www.penulisan2u.my/

Ok selamat membaca korang. =)



Post a Comment

2 Comments

  1. saya dah lama x layan cerita melayu kak... last pun entah bila lah.. skang banyk baca novel english je... x tahulah nape.

    ReplyDelete
  2. hahaha kuat berangan ko ni tau..sama jek la ngan aku..kalau baca novel, watak utama tu aku lahhh..wakkakaa

    ReplyDelete