kbba

Latest Posts

Dugaan 2015

By 4:22 PM , ,

As salam...

Allah bagi ujian untuk hambanya yang layak... Dan sekarang aku di uji. Bagi aku, berat, tapi aku cuba untuk tempuh dugaan ni sebaik mungkin. Insya Allah.. Ada yang lebih baik menanti dan menunggu. Ada hikmah disetiap kejadian.

Setiap kali bukak isu ni, aku rasa nak menangis. Kenapa berlaku kat aku. Kenapa perkara ni. Kenapa aku susah nak dapat kan itu?? Bila fikir balik, ujian aku kecik je. Sekecil semut. Tapi, mungkin aku belum cukup iman didada. Baru sikit, dah terkesan pada aku.

Rumah aku sekarang macam kapal karam titanic. Aku jadi malas yang amat. Mesin basuh rosak, kain baju lagi la berlambak. Nak pergi dobi pun bercinta. Nak cuci pinggan mangkuk pun malas.
Semua sebab hati yang bercelaru. Dan waktu2 ni pula aku tak boleh solat.

Semoga akan ada perkhabaran indah minggu hadapan. Semoga kami sekeluarga didalam rahmatNya.

Bye korang. Nanti aku update cerita program Zikra 2015 ye. Aku betul2 tengah stress ni. T___T





You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. bnyk3 ingat Dia..insyaallah Dia akan bantu awak..

    ReplyDelete
  2. weh.. janganlah stress.. bawa2 istighfar.. insyaAllah pasti ada rezeki yang lebih baik menanti..

    ReplyDelete
  3. Lin,tak boleh solat tak semestinya tak boleh zikir kn?baca ayat2 suci, macam 3qul, ayat Qursi...semoga lebih tenang ye dear........InsyaAllah, pasti ada jalan penyelesaian walau apepun dugaan......smile dear :)

    ReplyDelete
  4. InshaAllah sis..berdoa bebanyak kepadaNya..mntk lapangkan hati dalam menerima dugaa n dari DIA..semoga sis ok2 aje ye..

    ReplyDelete
  5. semoga dilapangkan dada & ditenangkan jiwa..

    ReplyDelete
  6. SABAR eh lin...takyah pikir sangat ok..take care

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers