Harris memang berlakon


As salam.

Semalam kan aku cerita Harris sakit perut semalaman tak tido. >>link<<  
Lepas tu, pagi aku bawa Harris dengan Hafidh pergi klinik. OTW pergi klinik tu, 2-2 hero tidur dalam kereta. Dah masing2 bangun pukul 4 pagi kan. Sabar je la.

Sampai je klinik homeopati, aku pun cerita kat doctor ragam harris malam td. Pung pang pung pang. Lepas tu doctor check perut harris ok je. Tak keras, tak ada angin. Lepas tu tanya pasal makan dan berak dia.

Doctor bagi ubat sapu, kalau dia cakap sakit perut, sapu je kat perut dia. OK doctor!!

Aku pun hantar harris dengan hafidh ke rumah BS. Aku nak pergi service kereta. Kalau bawak payah la pula kan. Petang tu aku tanya BS keadaan dorang BS tu kata...................



"kak ana sapu minyak kat perut dia.. tapi dia hulur KAKI suruh letak minyak..., kak ana rasa dia lapar kot semalam.. tu yang sakit perut... "

Hahahah tengok akal anak aku. Sabar je la nak suruh mommy dia bawak pergi klinik gak. Padahal perut dia tak ada apa pun. Malam tu pun, kitorang makan popia dia wat dekkk je. Tak mo. Padahal itu favourite dia. So, aku tak terfikir la dia lapar. Lagi pun sekarang dah reti mintak nasi. Kalau lapar mesti dia mintak nasi. Adehh... macam2 hal la anak.

Tapi, aku rasa dia sakit perut nak membuang kot. Sebab dia kalau kentut busuk gila. Semalam pun dia membuang, perghh.. bau tak ingat. Nasib baik daddy tak ada. Kalau daddy ada, memang pas baton la mommy kat daddy. Bahaha..

Pagi ni, Alhamdulillah..sihat dan cerdas. Cuma Hafidh badan dedar plak. Kecian dia Tapi, nasib baik tak buat perangai. Cuma perangai maintance nak pakai seluar jean bila keluar rumah tu still ada walaupun tak sihat. Adehh...

anak2 mommy... saham akhirat mommy... be good ok. 

mommy yang tabah, 
mommylin


Post a Comment

3 Comments