Ibu bekerja ABAIKAN anak

As salam...

Nak tanya, ibu bekerja ni abaikan anak ker? Ye ker? pasti? kalau ibu tak bekerja tak abaikan anak? Yeker? sekali lagi, pasti??

Lain orang lain pendapat. Bagi aku, kadang2 adalah lebih elok aku pergi bekerja dan jumpa anak bila malam hari. Anak2 aku pun ada masa bermesra dengan orang lain. Kalau duduk rumah sahaja, bermesra dengan aku je la kan. Nak keluar, tapi tak kan bemersra dengan orang baru kenal kan.

Aku jenis kalau seharian dekat rumah.. ada je halnya nak marah2. Baik aku kerja, klu stress aku lepas geram kat kerja. Tak ada la anak jadi mangsa. Aku bersyukur dapat baby sitter yang sangat baik. Even susah nak hantar, jauh dari rumah, tapi anak2 aku happy tau setiap kali aku tinggalkan dorang. Nak kerja pun hati tenang je. Tak payah risau pape. Kalau demam, baby sitter akan inform.



Nampak macam aku tak sayang anak je kan. Tapi tak. Mak mana tak sayang anak? Cuba bagitahu. Melainkan orang ada masalah mental. Jujur aku kata, Anak2 adalah segala galanya. Suami pun jatuh no2 tau. Korang akan faham bila ada anak sendiri.

Macam semalam, untuk pertama kalinya aku kena stay up kat office sampai lewat malam. Sedih bila mengingatkan diri, kena tinggal anak2 dan suami. Tapi, seronok pula buat kerja. Lama dah tinggalkan kan kerja2 macam ni. Dulu jangan kan pukul 10 11 malam aku stay. Sampai 4 pagi pun masih kat office. Memang hebat rasa diri. ihih.

Balik je rumah, anak2 sambut. Allah... Rindu sangat dengan dorang. Jerit2 panggil mommy...!!mommy!! Lepas tu harris siap peluk kaki aku, cayang mommy.. cayang mommy...
Hamboi nak... berapa jam je mmy over time. Korang dah rindu rinduan.

Lepas kemas diri, mmy lepak tengok TV pulak. Hafidh dah tidur, harris belum. Mintak susu pastu nak baring dekat mmy. Hamboi manja kemain anak bujang sorang ni.

Perasaan tu tak kan dapat bila kita 24jam dengan dorang kan. Jadi hargailah. Kerja atau tak kerja anak tetap no 1 di hati Ibu.

belanja gambar mak budak dan budak manja

tengok la ni. menyusu pun nak atas pangku. 





Post a Comment

4 Comments

  1. manja sangat ni...hehe..aku pun mcm tu jgk..bila blik keje lambat sikit...mula la anak2 ni dtg dkat gesel2 ngn mama dia...pastu peluk..rindu bebenor agaknye...

    ReplyDelete
  2. manjannye harris...yela, dia masih adik kn.mimah pn macam lin, takleh duk umah, cepat stress..tapi bila kat opis, rindu anak2.......sejak ada anak, mimah memang cari kerja yang tak perlu komitmen stayback atau outstation....tak sanggup kot.walaupun gaji kecik dari yang sepatut kita boleh dapat, asalkn anak tak terabai

    ReplyDelete
  3. ada ke orang bagi pendapat begitu>? memang nak makan kaki letu..

    ReplyDelete
  4. mak mana tak sayankan anak..tak kira lah kerja ke tak, kita mak mesti nak terbaik untuk anak kan..

    ReplyDelete