kbba

Latest Posts

Kelebihan adik beradik berpeluk

By 1:54 PM , , , , ,

As salam...

Lately ni, aku perasan, Harris ngn hafidh suka berpeluk. Gaduh macam mana pun bila adik dia kata... " sayang hafidh" sambil peluk abang dia.
Hafidh pun mesti balas pelukkan sambil jawap "sayang...adik..."


Kadang bila tengok situasi macam tu, rasa terharu pula. Tengok adik beradik saling menyayangi.  Itu la orang kata, bila beranak rapat, anak2 mesti rapat antara satu. Dorang membesar sama2 kan... Gaduh tu perkara biasa. Budak mana yang tak bergaduh...

Memang aku sendiri pun didik dorang begitu. Bila tengah main, aku suh adik cium abang. Cakap sayang abang. Abang pun sama... Aku suh dia pimpin tangan adik bila berjalan. Jaga adik... Amik adik duduk ajak main sama2.

Dah memang aku selalu suruh dorang buat semua benda bersama.

Sekarang ni, benda yang kerap dorang buat bersama mandi sama2. Itu kalau biarkan, mau melambung bil air kat umah ni.
Kalau lepas makan pula, berlumba lumba nak tarik kerusi nak berdiri kat sink untuk cuci tangan. Bukan kat umah je.. Kat kedai pun gitu perangainya. Migrain aku.

Ini lah dugaan nak membesarkan Anak. Payah.. Tapi banyak manisnya.  Semoga aku dapat besarkan dorang dengan baik, sabar dan tabah.
Hihi..


You Might Also Like

9 leave a massage here...

  1. Jangan lupa peluk suami depan anak2..nanti kasih syg lagi nampak dlm diri anak2...

    ReplyDelete
  2. betul tu lin..payah tapi banyak manisnye..aku suka ayat tu

    ReplyDelete
  3. aku pun merasakan benda yang sama...raynia n raees pun mcm tu jgk..bergaduh je..pastu dorang peluk balik...aku yg terharu tengok...

    ReplyDelete
  4. sweetnyaaa...baik adik beradik ni. jd anak soleh mommy tau :)

    ReplyDelete
  5. As salam,

    azney singgah jenjalan sini :)


    xoxo,
    azneyshamsuddin

    ReplyDelete
  6. alahai omei sgt nih..hannah peluk adik pastu die smackdown adiknye -_____-

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers