Melakuan kerja rumah contoh yang baik untuk anak

As salam...

Kerja rumah dengan isteri ataupun ibu memang tak boleh dipisahkan. Biar pun pangkat tinggi sebagai menteri sekali pun, kerja rumah kena sentuh gak. Tapi, kalau dah tahap menteri tu, idok la berat macam kami tahap kuli ni kan. Huhuhuh

Bertabah la...

Macam aku, basuh baju, sidai dan melipat baju memang tak dapat dipisahkan. Huhuh Kadang kalau malas, menggunung aku kumpul. Penat stress kat office. Balik kena ngadap gunung plak kan. Memang pergghhh hanya Allah tahu stressnya.



Tapi, aku amik pendekatan mudah. Buat kalau mampu. Biarkan dulu atau tangguh kalau tak larat. So far tak pernah pula laki aku bebel kain baju menggunung. Dia pun faham kot. Nak masak lagi. Anak2 pula sehari baju dah berapa pasang kan.

Nak tak nak, kerja tu memang kena buat. Bila aku melipat kain, mula la anak2 mengacau. Lagi2 Hafidh. sibuk dia pun nak tolong melipat. Tak bagi mengamuk. Dah bagi, kejap2 tanya macam mana ni mi?? mmy, tak boleh la.... Adoii.. macam2 la anak. Melambatkan kerja je.

Tapi, aku layan kan gak. Elok pun dia, biar berlajar dari kecik kan. Dah besar leh tolong mommy lipat baju betul2.

Hafidh Aryan melipat baju

Ini la rupa anak bujang iolls melipat baju. Adehh... sambil melipat sambil menonton sinetron. Ikut sangat perangai mmy dia ni.




Post a Comment

2 Comments

  1. rajin sangat ni.............mungkin sebab selalu tengok kot.mimah gantung je.....malas punye pasal..huhu

    ReplyDelete
  2. hehe hensem boy ni rjnnye dia..mcm anak sy suka jugak kemas baju2 yg dh sy lipat..sibuk nak angkat bwk p masuk bilik..

    ReplyDelete