kbba

Latest Posts

Program Zikra 2015 - Kemana Perginya Duit Zakat Selangor

By 11:41 AM , , , , ,

As salam...


Entry Program ZIKRA 2015 - 1

Ok, jom sambung entry program ZIKRA 2015. Sebelum ni, aku dah cerita pasal anak asnaf, bantuan perniagaan, bantuan bina rumah kan. Now meh kita sambung cerita lagi.

Selepas Melawat ke rumah baru En Jali Kadio, kami bergerak ke Sijangkang pula. Ke rumah En. Saharune Abd Kadir. Beliau seorang OKU yang tidak mempunyai kaki sebelah kiri. En. Saharune adalah seorang usahawan satay, iaitu Satay Rune. Lembaga Zakat Selangor membantu En.Saharune dari segi modal perniagaan. Dan sekarang, alhamdulillah, perniagaan satay Rune sudah mempunyai 2 cawangan.

En. Saharune berbaju merah.



Semasa lawatan ke rumah En. Saharune, pihak zakat menyerahkan bantuan kaki palsu. Sebelum ini, beliau hanya menggunakan kaki palsu buatan sendiri. Iaitu kaki yang diperbuat dari pokok nangka. Kiranya macam DIY la kan. Tapi cantik. Pandai dan berseni sungguh En. Saharune ni.


Kaki palsu yang diperbuat dari pokok nangka

Kaki palsu baru En. Saharune


Sebelum bergerak ke destinasi lain, sempat gak rasa satay Rune ni. Sedap oiii.. Tapi, tak leh lama. Kena laju2 makan. DYatie sempat bawak bekal korang.. Hahahah nasib mak yong tau.


Tempat bakar satay yang di buat sendiri oleh En. Saharune
Satay2... alway my fav.
Satay Rune. Sedap tau. Orang Sijangkang sila cuba. 
Dah kenyang, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor. Masuk je kawasan pusat jagaan ni, tengok sekeliling alhamdulillah.. cantik dan selesa. Mungkin tempat baru lagi kan.

Dah sampai
Kemudahan dan keselesaan penghuni disini sangat di titik beratkan. Pemeriksaan kesihatan berkala juga di sediakan. Doctor akan datang kesini. Serba serbi cukup la. Dah macam mini klinik kesihatan pun ada. Biasalah kan, orang warga emas ni, kesihatan memang kerap kena pantau.

Bilik kesihatan

Ini macam gym. Tempat untuk warga emas buat latihan otot2 semua la.

Bahagian dobi. 

Bilik penghuni perempuan. Selesakan? 


Pintu bilik, ada gambar dan nama sekali. 

Kemudahan surau. 

Tapi, bila lihat wajah penghuni di sini jadi sebak.. Sedih. Tapi, syukur sekurang kurangnya mereka di tempatkan di tempat yang selesa dan selamat.
Semasa kami datang, semua penghuni disini berada di dewan makan. Sebak tengok dorang. Tapi, ada seorang nenek ni pandai menyanyi. Seronok dengar.


Sebahagian penghuni lelaki

Sebahagian penghuni perempuan
Di sini, warga emas, ada kelas kreativiti gitu. Macam2 aktiviti dorang lakukan. Untung mengelakkan dorang bosan. Selain menonton TV ini la yang dorang buat. 

Antara aktivitynya... boleh merangsang otak juga ni 

Antara creativity mereka

Warga emas ni, kita kena bagi tumpuan lebih. Dengan adanya pusat jagaan warga emas ni, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang hidup sendirian tanpa ahli keluarga.

Buat pengetahuan semua, warga emas yang ada anak, mereka tak terima ye? jangan mimpi nak hantar sini. Parent kita, sendiri jaga. Macam mana mereka jaga kita masa kecil. Warga emas disini hanya yang tinggal sendirian di rumah. Pihak zakat menawarkan tempat tinggal yang selesa dan penjagaan rapi. Dan, hanya pada yang sudi. Tiada paksaan. Biasanya warga emas ni, sayang nak tinggalkan rumah sendiri.

Selesai lawatan dia pusat jagaan warga emas, kami bergerak ke Maahad Intergrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang.

Semasa di sini, kami sempat melihat Halakah dari pelajar. Subhanaallah... seronok sangat tengok adik2 kita belajar menghafal. Aku dulu nak hafal surah pun berkerut muka. Di sini, nampak mudah mereka menghafal. Mungkin hasil dari ajaran guru2 yang berpengalaman yang luas dalam penghafalan al-quran ni. Rasa kagum sangat.

Halakah dari pelajar perempuan

Halakah pelajar lelaki

Halakah 

Pelajar disini mendapat RM150 seorang dari Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah.. Semoga segalanya dipermudahkan. Mereka dari golongan Fisabillillah. 


Selasai sudah Program Zikra 2015. Majlis penutup berlangsung di  Sekolah Maahad ini juga. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak, terbuka sudah mata kita tentang hala tuju duit zakat ini. Memang aku tak tahu pun sebelum ni. Mungkin ada ramai lagi yang tak tahu juga. Dengan ada nya program seperti ini, dapat membuka mata banyak pihak. 

LZS melakukan audit untuk semua duit2 zakat kita. Dan Lembaga Zakat lah satu-satunya entiti yang laporan auditnya dipamerkan kepada umum. Boleh rujuk kat sini  ➨ http://www.zakatselangor.com.my/

Sekian, itu saja dari aku. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi pihak LZS. Di talian
Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353

Atau terus ke kaunter LZS
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Oh.. sebelum terlupa. Di LZS ada kaunter express. Kalau kita terdesak seperti kena ragut, anak tak ada susu nak minum, boleh terus ke kaunter di express. Untuk pertama kali, mereka akan terus bagi bantuan kewangan. Tapi, kalau selalu datang tu, mereka akan siasat untuk mengetahui kebenaranya. Dan jika benar2 memerlukan bantuan, akan di serap dalam bantuan bulanan dll. 




You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. alhamdulillah..kalo duit zakat sampai pd sape y perlu & layak

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat join aktiviti camni..banyak info leh dapat kan

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers