Program ZIKRA Jalajah Kasih bersama Asnaf 2015


As salam...

Alhamdulillah, sejak join KBBA ni, banyak aktivity bermanfaat aku dapat join. Sebelum ni, dapat pergi program Aman Palestin . Dan hari Rabu hati tu pula aku dapat join program yang di anjurkan dari Pihak Zakat Selangor. Indahnya berblogging kalau begini kan. hihih.


Sebelum aku cerita panjang pasal program ni, meh terangkan sikit pasal zakat ni.
Zakat merupakan rukun islam yang ke5. Menunaikan zakat adalah wajib bagi umat islam yang mampu.

Korang tahu tak sapa yang layak dapat zakat??
Ada 8 golongan. Tapi yang diutamakan 3 golongan iaitu FAKIR, MISKIN dan MUALLAF.

Ok cukup serba sedikit pasal zakat ye. Kalau nak tahu lanjut, korang boleh baca di web LZS http://www.zakatselangor.com.my/

Progam ZIKRA 2015 bermula seawal 8.00 pagi, pendaftaran perserta dan sarapan pagi. Kemudian serba sedikit penerangan dari wakil pihak LZS.



Atur cara


Alhamdulillah... kenyang perut
taklimat pendek

penerangan serba sedikit mengenai aktiviti dari saudari ima


Tepat pukul 9 pagi, bermula la perjalanan kami. Destinasi pertama adalah di :-

Komplek Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg Perepat, Klang.


BAITUL HASANAH
Disini anak-anak asnaf di beri pembelajaran dan kemudahan asrama. Biasanya mereka dari golongan fakir dan miskin yang tak dapar bersekolah macam kanak2 lain. Tetapi, dengan adanya bantuan zakat, mereka di beri pembelajaran yang sempurna sama seperti anak2 lain yang mampu. Keadaan asrama yang selesa dan cantik, makin seronok anak2 kecil ni bersekolah. Bila masa cuti, masing2 akan pulang kerumah. Sama seperti asrama biasa.

dewan makan

ruang study pelajar perempuan

Apa yang menariknya. Di sini, semua kemudahan adalah tiptop. Baju anak2 asnaf ni, cuci dobi ok. Dorang hanya focus pada pembelajaran. Macam kita kat rumah la kan. Baju mak basuh guna mesin. Kita duduk bilik belajar je kan. Sama la dengan mereka. Kat rumah mereka dah serba kekurangan, kat sini, boleh la mereka focus pada pembelajaran dan aktiviti yang sedia kan oleh pihak Baitul Hasanah.


Bilik asrama pelajar perempuan

Almari 

Jadual Harian pelajar
Segala kemudahan untuk belajar ada. Library, bilik komputer untuk buat assigment, Ruang untuk study dan homework. Macam2 la. Selesa adik2 kita. Alhamdulillah.. Sekurang kurangnya mereka dapat belajar dengan sempurna tanpa membeban kan mak bapak yang sedia susah. Mari la kita berzakat kawan2. Seronok tengok anak2 kecil ni belajar dalam keadaan yang selesa.


Bilik komputer

library 

Tanpa membuang masa, kami berkejar pula ke lokasi seterusnya iaitu Butik D'Qaseh. Owner butik ini adalah seorang ibu tunggal yang mendapat bantuan untuk memulakan perniagaannya. Alhamdulillah, berkat usaha dan bantuan dari pihak zakat, Puan Salbiyah dapat menjalankan perniagaan sehingga berjaya seperti hari ini.

Butik D`Qaseh

Owner butik dan anak beliau

Penyerahan cenderahati dari pihak LZS
Pada yang tak tempahan baju raya lagi, boleh la ke Butik D'Qaseh di  Jalan sungai Udang, Klang. Betul2 di tepi jalan kedainya.


Next location adalah di Kampung Delek Kiri, Klang. Lawatan ke rumah En.Jali Kadio. Beliau menerima bantuan bina rumah dari pihak zakat. Di sana, penyerahan mock up kunci rumah di sampai kan oleh Mufti DiRaja Selangor iaitu Dato' Setia Mohd Tamyes Wahid.

Penyerahan mock up kunci rumah

Rumah yand di bina dari bantuan LZS

Tergambar kegembiraan wajah2 ahli keluarga 


Tanam pokok di kiri dan kanan rumah En. Jali

Kegembiraan En.Jali Kadio berganda bila menyatakan anak beliau akan berkahwin hujung bulan April ini. Siapa tak seronok kan, dapat buat kenduri di rumah baru. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan En. Jali. Semoga beliau hidup lebih selesa selepas ini.

Ok geng. Nanti aku sambung cerita ye. Walaupun trip setengah hari, tapi padat sangat. Nak cerita semua memang tak boleh. Kang boring korang baca. Stay tune k.



Post a Comment

3 Comments

  1. best kan, satu pengalaman yg sgt berharga.. paling sedih kat umah en saharune tu, tak sedar nangis.. huhuhuu

    ReplyDelete
  2. pgalaman y amat berharga & bermanfaat

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa..teringin nak join aktiviti camni

    ReplyDelete