kbba

Latest Posts

semalaman anak sakit perut

By 2:47 PM


As salam...

Hari ni aku EL.  Harris sakit perut sejak semalam. Aku pun pelik, nak kata keracunan tak muntah2 pula. Tahu tak, setiap setengah jam dia mesti menangis sampai meleleh air mata. Ibarat Menahan sakit yang teramat sangat.

Memula tu, aku ingat dia "akal" aku je. Yela, dorang kan pandai berlakon. Tapi, kalau sampai tak tidur, aku tak rasa dia "akal" aku. Lagi pun budak baya Harris mana la tahu nak menipu kan.



As mommy mula la aku fikir mcm2 kan. Entah apa je sakit Anak aku ni. Mulalah nak bawak g scan, x-ray bagai. Dah la Harris tak tidur. Aku pula dah tintong dok dodoi dia. Bila dah tintong, angin meroyan dalam badan ni pun timbul. Aku mula la marah Harris pagi2 buta.

Macam mana tak angin, dia tengok tv, gelak2 lepas tu aku baru nak terlelap dia nangis, berkali kali. Tu yang tension. Aku pun marah dia. Cian dia...  Sekali kena setepek dengan D, marah sebab aku bising pagi2 buta. Huhu. Sentap terus bisu sampai pagi. Kahahaha.

Last2 aku tak tidur pun. Siap mandi konon nak bawak Harris g clinic. Pastu pergi kerja. Hafidh pula badan dadar. Allah, dugaan betul. Sampai muntah air dia pagi tu. Mula la masing-masing buat perangai.

Otw pergi clinic I is tintong sangat dah. Kepala berdenyut. Penyudah nya cuti terus la. Huhu. K nanti sambung cerita kat clinical.



You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. moga-moga dedua tu sihat cecepat...dengan mak dia sekali!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers