Bila guru mengaji komplen pasal anak

As salam...


Esok hari gurukan.. Selamat hari guru pada semua bekas cikgu ku....Terima kasih cikgu. Anak murid mu berjaya.. walaupun jadi insan biasa biasa.... =)

Semalam, masa balik dari amik my kids dari rumah baby sitter, aku singgah rumah mak cik kat area sana. Balik lewat la kami. Dalam lift terserempak dengan guru mengaji Hafidh. 

Uztazah tu pun bukak cerita. "Hafidh, masa mengaji, banyak main... Mulut becok bercakap je. Ada je dia nak cerita. Sebelum mula mengaji tu, macam2 la dia cakap. Tapi, mengaji ok. Dah dapat."

Senyum aku dengan D dengar komplen ustazah tu. Anak aku becok. Hahah. Ini anak lelaki tau. Kalau dapat gegirl tak tahu la becok dia macam mana pula. Lagi letih telinga nak dengar.

Alhamdulillah.. walaupun tak dapat tengok Hafidh mengaji, tapi, dapat feed back gitu dari ustazah dia lega rasanya. Memula dulu pernah gak baby sitter kata, Hafidh main kat tempat ngaji. Bila kata nak beli rotan bagi ustazah, terus bagus. Now becok pula. ihih. Tak pe.. itu peramah namanya.



Semoga membesar menjadi anak soleh... Dan sayang mommy, daddy dan adik selalu.. 




Post a Comment

2 Comments

  1. kat rumah pon mesti pot pet pot pet ni.. bagus laa lin anak banyak cakap ni.. kalau diam je susah jugak kann..

    ReplyDelete
  2. amin.. moga doa mommy hafidh dmenjadi kenyataan..

    ReplyDelete