Bila waktu sesuai untuk beri MADU pada anak kecil

As salam... 


Madu adalah makanan tambahan yang bagus untuk kita. Bukan sahaja untuk orang dewasa, malah kanak2 juga. Bagi aku, kita perlu amalkan madu sebagai suppliment. Makan setiap hari. Anak2 pula, kena ajar mereka dari kecil. 

Macam Hafidh dan Harris, aku dah mula ajar minum madu ni. Seawal 1 tahun setengah. Untuk budak2 kita tak boleh bagi madu terlalu awal. Dalam 6 bulan ke atas. Memang tak boleh beri. Sebab madu ini bersifat panas. Sebaiknya bagi masa umur setahun keatas. 

Cara memberi madu pada anak kecil pun tak sama dengan kita yang dewasa. Macam kita, boleh amik sesudu dan minum begitu je. Tapi, untuk budak, sebaiknya campur dengan air suam dan kacau sehingga sebati. 

Amalkan setiap pagi sebelum bersarapan. Waktu perut kosong. Elok untuk sistem dalam badan. 
Selain itu, antara lain kebaikkan madu adalah :-

1. Mengembalikan kekuatan tubuh
2. mencerdaskan otak, cergaskan badan, badan tidak penat dan mudah untuk menghafal
3. Membersih dan menambah darah.
4. Bayi/kanak-kanak - membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
5. menstabilkan kandungan gula dala darah. (gantikan gula kepada madu lebah)
6. Mudah, bak kata Ulama “ Raja segala Makanan, Raja Segala Minuman, Raja Segala Ubatan

Cara lin pula, mudah je. Setiap pagi, sebelum keluar rumah, lin dah bancuh madu dengan air suam untuk anak. Kemudian masukkan dalam botol susu dia. On the way ke rumah baby sitter, dia boleh minum. Dan, dah jadi favorite dorang dah.

Air madu
Tengok la Harris tu. Dia memang suka madu tu. Habis botol dia, amik botol abang pula. Abang makin besar, makin cerewet. Nak sedap je. Huhu.

Ok, la.. Di harap perkongsian simple ini dapat manfaat untuk kita semua. Jom amal Sunnah!! 

Post a Comment

7 Comments

  1. sy just bagi madu yg qaseh gold junior tu je...

    ReplyDelete
  2. bagusnye dorang..hannah jenuh nak suap madu -____-

    ReplyDelete
  3. thanks lin. boleh i cuba amalkan nnt

    ReplyDelete
  4. iolss bagi madu tualang. ujung sudu 3 kali sminggu..

    ReplyDelete
  5. bagus nyaa dia nak minum madu..irine dah try bagi..dia x nak.. =( macam minum ubat je gayanya

    ReplyDelete
  6. tips berguna ni ... bila ada anak blh lah amalkan .

    ReplyDelete