Cara Anak Marah

As salam...


Sebelum ni, Harris kalau nak marah aku or sesiapa je, mesti dia kata "Epak nak?... Epak..Epak..."
( sepak nak? sepak..sepak...)
Takutkan? tapi itu la yang jadi. Tak tahu mana dia belajar.Aku tak pernah plak main sepak2 anak. 
Memula tu, memang terkejut. Selalu gak la tegur dan marah Harris. Tapi, setiap kali dia marah or mengamuk, mesti dia buat perkara sama. Macam lepas geram. 


Kadang tu, tak kena pun kat kita. Dari jauh dia buat aksi sepak, sambil mulut kata "epak... epak.."

Tapi, sekarang dah tak lagi. Mungkin aku selalu tegur dia dan ketuk kaki dia. So, dah tak buat lagi. Kadang tu, sampai kena pura pura merajuk sebab dia "epak" mommy dia. Yang pelik dan ajaibnya, lepas adik pandai epak epak.. abang pun mengikut. Bukan adik ikut abang. Tapi, abang ikut adik. 
Aduh.. pening mommy.

Sekarang ada cara baru pula. Bila Harris marah dia aku buat jari macam pistol then sebut "pomm... pomm..." hahaha ini lawak. Bila2 je kita kacau dia kan, macam pagi tadi, dia nak bangun, aku sakat tak bagi, nak peluk2 dia dulu. Lepas je dapat lepas kan diri dia terus tembak aku.. "pomm... pom..."
Gelak2 aku sorang2. 

Bila dalam kereta, aku sakat dia, tak bagi duduk depan, dia beria ia nak juga. Kadang sampai menangis. Dan dalam tangisan sempat gak tembak aku guna pistol tangan dia.. "pomm... pomm.. "

Hai la anak.. ragam pelik2 je. Ok la "pommm...pomm..." dari "epak... epak.." tu kan.

Meh tengok video manja harris. Sambil tu leh la follow IG kita ok. 


Post a Comment

6 Comments

  1. Anak saya pon sama...kalau die marahkan kita...mesti nak pukul2...tampar muka kita atau naikkan kaki..walaupun kita tak pernah ajar....mungkin juga belajar dari TV...sbb suka sangat tgk cerita superhero...




    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  2. selamat malam..lamanya tak jenjalan sini...malam ni melawat semua org :D
    syira mencari sponsor utk ga akan dtg..boleh PM PAGE FACEBOOK : BLOG SYIRA LOKMAN ^_^

    ReplyDelete
  3. anak lelaki kan lin, sepak jelah.huaaa, kalau anak dara ckp nk epak.pengsan aku.,

    ReplyDelete
  4. hahahah...dalam marah2 tu sempat lagi "pom..pom.."

    ReplyDelete
  5. hahaha terbalik abg ikut adik ye..pengaruh kuat adik ni..ekekeke

    ReplyDelete
  6. Haha..pom..pom..best je bace..

    ReplyDelete