Cara anak tunjukkan kasih sayang

As salam...

Kebetulan yang telah Allah jadikan pada lin, ialah tarikh lahir lin dan mama jarak hanya beberapa hari je. 3hb May hari jadi lin. 7hb May, hari jadi mama. So, setiap tahun tak kan pernah lupa nak sambut birthday sama2. Yang bestnya, Kami belum pernah kongsi kek lagi. Kek tetap asing2. Baru la adil kan.

Bila kita dah bekerja, sibuk dengan anak dan keluarga, macam mana nak curi masa untuk celebrate birthday mama. Susah juga la. Cuma rezeki aku, tinggal tak jauh dengan parent. Aku kat Cheras, parent kat Puchong. So, bila birthday mama, aku dapat la sambut bersama. Balik kerja bekejar ke Puchong pula.



Selagi aku mampu, aku akan sambut untuk gembirakan hati mama. Mama happy.. aku pun happy. Anak-anak pun happy sebab dapat kek dan tangkap gambar.

Jadi, korang yang masih ada ibu, gembirakan la hati mereka. Walaupun tak selalu boleh balik, cari la masa yang istimewa untuk sama2 dengan mereka.

suka budak2 dapat tangkap gambar dengan kek

sesi suap menyuap
Sambutan yang simple2 je. Hari sabtu pula, adik bongsu belanja makan kat Muara Ikan bakar Klang.
Ahad, Angah pula bawa mak jalan2. Along dia ni, tak dapat ikut husband kerja.
Tapi, pagi tadi mak up status.. dia HAPPY. Ok la tu kan. Mama happy, kitorang pun happy.

SELAMAT HARI IBU buat MAMA. Tak lupa juga MIL. =)

Post a Comment

2 Comments

  1. wahh.. rasa bersalah lak bila tak sambut birthday umi,,, mm,, taun ni insya Allah :D

    ReplyDelete
  2. menantu tue pemalu sangat tue...suap mertua, muka tunduk...hehehe

    ReplyDelete