kbba

Latest Posts

cara manfaatkan cuti panjang yang bajet

By 9:58 PM

Assalamualaikum...



Alhamdulillah dah selamat sampai di Muar. Memula ingat malas la nak balik Muar. Tapi, Tetiba kata, member sekolah ajak reunion, kena la balik. 

Selalunya aku selalu buat short vacation bulan 5 ni. Bulan cinta la konon... Tapi, tahun ni bajet ketat sikit. Sebab tengah bulan nanti ada Family Day gojes. So, mari la berjimat duit poket. Kang melopong pula tak ada duit kan. 

Tapi... Macam tak best pula bila dah biasa bercuti, tak pergi bercuti. So, aku buat planning mengejut. Mengikut bajet ketat. Hahaah 


Memula ingat nak singgah Port Dickson Ahad ni, tapi macam boring pula. Dah selalu pergi sana. Fikir punya fikir, aku dapat idea. Nak Stay kat melaka.  Sebab memang tak pernah tidur melaka pun. Nak2 lagi tidur hotel dia. Dah kampung kat sini. Tak kan la nak sewa hotel pula kan. Kang merajuk pula wan kami. 

Baru siang tadi aku booking hotel. Laju2 booking, sebab last minute kan. Takut habis je bilik. Target aku, ada Internet dan ada pool untuk kids. Yang lain tak kesah sangat.  Dah kebetulan, dapat la hotel 3 star. Not environment dia. Aku suka. Hope sama la macam dalam gambar. 

Kat mana aku booking?? Later aku share ok. Siap bagi link sekali. Nanti senang korang Check in juga. 

Korang...apa yang menarik kat melaka? Aku plan nak bawa kids pergi zoo je. Lain tak tahu nak buat apa. Honeymoon dalam bilik je la gamaknya. Hahaah lalaalalal. 


You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers