kbba

Latest Posts

Cara mudah ajar anak hafal DOA

By 4:07 PM , , , , , ,

As salam...



Doa harian adalah doa yang mudah untuk anak2 hafal sedari kecil. Contohnya doa makan dan doa tidur. Tapi, yang paling penting, ibu bapa kena hafal doa-doa ni dulu. Kalau tak, macam mana nak membaca dengan anak kan.

Contohnya Doa makan. Setiap kali makan, amalkan makan bersama, mudah untuk anak2 mengikut. Sebelum makan, sama-sama tadah tangan dan baca doa makan.
Tak pun, masa ibu bagi anak-anak makan, mulakan dengan tadah tangan. Kalau sekadar berdoa tak tadah tangan, budak susah nak ikut.



Sambil baca tu, goyang2 la badan macam berwirid tu, so tak la dorang bosan. Dan pastikan amal setiap kali makan. Bila dah hafal, boleh la suruh anak baca sendiri. Kita mak bapak, amin kan. Hafidh dah 3 tahun, alhamdulillah.. doa makan dah boleh baca, walaupun tersangkut sangkut, tapi dia boleh baca pun bagus dah. Cuma banyak ragam. Kadang dia sengaja tak nak baca. Terus makan. Time tu, kitorang pura2 merajuk la, sambil kata nanti Allah marah. Nanti dia ingat.

Harris pula dah hampir 2 tahun. Doa makan sikit2 dah reti. Setiap kali nak makan, dia akan tadah tangan dulu. Lepas tu ikut abang dan mommy daddy baca. Mudah je, yang penting kerjasama 1 keluarga.

Selain doa makan, doa tidur pun mudah juga. Sebelum tidur, kan elok untuk kita bacakan 3 qul, alfatihah, ayat qursi dan doa tidur, lepas baca surah2 tu, bacakan doa tidur. Doa ni pendek dan mudah. Harris dah hafal. Memang suprise sangat. Bila setiap kali aku baca, dia akan sambung. Now, bila nak tidur, aku dah tak payah bacakan. Aku suruh Hafidh dan Harris baca. Sebab dorang dah ingat.

Amalan sebelum tidur, sangat bagus untuk anak2. Sebab, perkataan dan perbuatan sebelum tidur tu yang akan berjalan dikotak minda anak2. Sebabtu, sebelum tidur baki kata2 semangat, upacan baik2. Dan tak lupa doa dan ayat suci.

Bacaan doa lepas azan, Doa yang mudah untuk anak2 ingat juga. Yang ni, anak2 aku tak hafal lagi. Tapi, dorang menghormati azan. Lepas je azan selesai, masing2 akan tadah tangan. TAPI waktu main, Allah.. dia buat tak reti je. Sabar je la. Pesan banyak kali pun buat tak tahu. Itu Hafidh

Kalau Harris, alhamdulillah. Dengar je azan, dia suruh orang lain diam. Letak jari telunjuk kat bibir. Azan selesai, dia akan tadah tangan. Dan akan pastikan Mommy, daddy dan Hafidh amin. Tak amin kena marah. Ustaz anak aku ni. =D

Doa naik kenderaan pun boleh sama praktis kan. Tapi, aku dah terlewat mula. Insyaallah, doaka aku istiqomah. Aku dari dulu dah terbiasa doa minta dipermudahkan tu. " robbiasir..... " Tapi, baca dalam hati. Lepas ni, nak kena baca sama2 dengan anak2. Biar dorang dengan, ingat, sebut dan hafal.

anak2 mommy dunia akhirat


Itu saja korang. Tip mudah dari mommylin.com Nak tunggu belajar kat sekolah lambat lagi, jadi jom mulakan dari rumah.

Nanti ada tip mudah lagi, aku share.



You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. setuju sngt dgn lin, cucu kaknoor baru 1 tahun 8 bulan, bila nak makan mesti dia dah siap tadah tangan, nak naik keta pun sebelum ummi nya drive dia dulu tadah tangan, alhamdulillah melentur anak2 biar dari kecil mudahan sampai besar lah macam tu

    ReplyDelete
  2. SETUJU..dari kecik ni lah nak kena ajar..hannah leh dah sikit-sikit doa makan dengan al-fatihah..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers