kbba

Latest Posts

Kuey Teow goreng - Mudah dan Cepat

By 3:42 PM , , ,

As salam... 



Jom baca, aku nak share resepi mudah dan sedap ni. Tak lama pun nak goreng kuey teow ni. Dalam 15-20 minit je. 

Aku bangun pukul 4 pagi, sebab nak sahur. Tapi terlupa masak nasi. Huhuhu. Bukak peti ada kuey teow. Terus rasa nak goreng. Nasib ada rencah sotong.. Yummm sedap!

Bahan-bahannya: 

Kuey Teow - 1 bungkus
Sotong (atau apa sahaja rencah)
Kicap
Garam
Telur - 2 biji
Minyak masak - 3 sudu besar
Air - 500ml
*Cili kering -  Ikut nak pedas mana
*Bawang holland - Separuh
*Bawang putih - 4 ulas
*Sedikit belacan

Blender semua bahan bertanda *

Cara-caranya:

Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang di blend tadi, sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul sehingga sebati. Bila sambal tadi makin garing, masukkan garam dan kacau. Letak air dan kicap, kemudian cepahkan telur. Biar kan sehingga air mendidih. Masukkan kuew teow yang sudah dia basuh. Gaul sehingga air jadi sedikit. Siap!! 


kuey teow goreng mudah

Kejap kan. Selamat mencuba.

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers