Melaka - Percutian Bajet ketat

As salam... 

Idea untuk bercuti di Melaka, datang secara spontan sebenarnya. Aku tak fikir pun nak cuti2 ni. Bajet ketat. Tapi, rasa rugi pula, setahun sekali je kot aku akan spend duit untuk cuti di Hotel ni. Memang sejak dulu lagi, aku akan pergi holiday masa Anniversary. Cuti lama kan masa tu. Harus la bercuti. Time gaji pula tu. ihih 

Kalau rajin, meh jenguk entry anniversary yang dulu kat bawah ni. 

2nd anniversay ---> tak ada anniversary sebab nak meletop bersalin harris

2 kali je vacationnya.. uhuhu ok la kan. bajet ketat. Anak ramai. hahaha. 


Lepas balik dari Muar hari tu, (link) kitorang terus ke Melaka melawat taman buaya. Lepas penat berjalan, berlari kat sana, Jom check in hotel.

Lin check in guna Agoda. Senang dan Murah. Percaya la. Korang leh pilih nak hotel berapa bintang punya. Macam aku, prefer 3 star sudah. Buat tempat tido je. Dan janji ada kolam. Tapi, tak mandi pun. Tak sempat. Bercuti 1 hari je. 

Petang tu, lepas dalam bilik je. Order pun makanan kat Cafe bawah. Oh lupa, Aku booking hotel sentral. Room rate RM300++ tapi, dengan agoda jadi 100 ++ sahaja. Murah kan. 

Malam tu, nak tak nak, kena keluar juga. Kang tak makan kami. Kitorang decide nak jalan2 ke Jonker Walk. ok, walaupun aku orang melaka, tapi tak tahu apa yang ada kat sini. Orang lain, kalau bercuti siap buat list nak pergi sana sini. Aku non hado. 

Otw pergi jonker walk, hujan renyai2 pula. Aku tukar planning pergi mahkota parade. Tak tahu kat area situ ada 1 lagi shopping mall best. Kopak poket rasanya. Keluar dengan D, memang haram la nak jalan2 telek barang kan. Aku baru telek baju, dia dah berbatu jalan ke depan. Huhuhu. 

Kat sana kitorang makan kat secret resepi. Erm... typical tekak aku ni. Asal anniversary dan besday nak juga kek. haha baru terasa feeling tu. 

turqish cake 
Sorry pic blur. Anak aku tolak masa tengah tangkap gambar. uhuh .
jonker walk

Lepas makan, moh balik. Anak2 melasak. Tak sanggup nak tepis tangan dorang lagi dah. Terus ke jonker walk. Nasib tak hujan lagi. 
Kat sana tak best sangat la. Kalau orang cina dorang suka la kot. Banyak kedai makan cina. Macam2 ada. Tapi, opkos la melayu tak leh beli dan makan kan. Tengok je la. Aku beli barang2 anak gojes sikit. Pastu gift untuk hafidh dan harris. 

Dompet dah kempis, laju2 balik. Huhuhu. Lenguh gak kaki ni berjalan. 
Sampai hotel, zass.. tido. Sampai kencing2 anak2 aku. sabar je la. 

Esok, breakfast, balik KL. Jalan belum jem lagi. Ingat nak naik feri.. Laki aku wat dekk je. Dia kata, dekat je kan. Leh pergi lagi. OK fine.. Aku tuntut nanti. 

Nak hotel murah, boleh try cari di Agoda ok. 

Post a Comment

3 Comments