Telekung Nanee's selesa dan harga berpatutan

Assalamualaikum....


Bulan Ramadan, bakal muncul sedikit hari lagi. Dah ganti puasa belum ni? Aku ada sehari je lagi. Bercinta tu nak habiskan. Harap Khamis ni selesai la hutang puasa. Tak sanggup lagi rasanya nak tangguh. 

Biasanya, bulan puasa bulan ibadah untuk semua umat islam. Kita berlumba lumba membuat amalan untuk saham akhirat. Solat tarawih antara satunya. Solat tarawih dan witir total 23 rakaat. Bagi kaum wanita,  pakaian ibadah yang selesa amat la di titik beratkan. Bila kita selesa beribadat,  insyaallah khusyuk... 

telekung nanee's



Telekung Nanee's, antara telekung handmade yang sangat selesa. Tak panas,lembut, elok terletak dikepala. Dengan cuaca Malaysia yang kadang panas, kadang sejuk, kain cotton yang digunakan telekung Nanee sangat digalakkan. 

selfie! 


Nanees's telekung adalah telekung yang bermutu tinggi dan menutupi aurat dengan sempurna. Di sini kita juga boleh menempah telukung untuk kanak2 dan dewasa.

Bagi pada yang berminat untuk membeli Nanee's Telekung ni, boleh la terus ke kedai ini yang beralamat:

No BZ 030 Prima Walk, Jalan Prima 5/6,
Taman Puchong Prima,
47100 Puchong, Selangor.

H/P: 019-3954540

Waktu Operasi : 11 am - 11 pm (Isnin hingga Ahad)

Telekung ni, aku dapat masa cabutan bertuah Blogger Day Out haritu. Alhamdulillah.. rezeki. Tapi, aku hadiahkan pada Mama semperna hari jadi dia. Suka mama dapat telekung ni. Dan memang dia tengah mencari pun telekung. Dah nak bulan puasa ni kan.

Korang boleh tempah telekung ini sebagai hadiah juga. Ok la. Semoga bermanfaat.


Post a Comment

1 Comments