kbba

Latest Posts

Cara mudah atasi demam anak

By 11:00 AM , , , ,

Assalamualaikum



Demam dan kita memang dah tak dapat dipisahkan sejak kecil lagi kan. Sejak kecil kita mesti demam. Demam mungkin hanya demam biasa. Demam nak membesar atau demam nak pandai. Itu selalunya orang dulu dulu kata la. 

Kalau demam peringkat awal, kita mungkin boleh amik mudah. Tapi, bila suhu semakin meninggi, boleh lagi ke kita amik mudah? 
Jangan sesekali ok. Bila terlalu panas, leh kena tarik atau sawan. 

Apakan perlu kita buat bila demam??

Demam pada suhu 36.5 - banyaklah minum air suam

air suam/ plain water

Demam pada suhu 37-38 makan ubat demam.Tampal cool fever


harris demam. 

Demam pada suhu 39-40 terus ke hospital atau klinik untuk dapatkan rawatan lanjut. 

Tapi, kalau Anak kecil, sebaiknya elakkan ubat ubatan. Cuba cara natural. 

Beri air suam dengan kerap. 
Lap badan dengan air suam kerap, sehingga panas berkurangan. 
Bukakan baju dan seluar
Jerlum Anak dengan air asam jawa/ daun bunga raya
Rendam stokin dengan cuka apple dan pakaikan Semalaman. 

Jika berlarutan, sehingga 39-40 Cepat2 bawa ke hospital atau klinik. 

Jangan amalkan beri ubat demam pada Anak kecil dipermulaan demam. 36-37.5
Jika sudah terbiasa beri ubat, sistem dalam badan dah lali. Kalau 38 tu ok la kalau nak beri ubat. Tak semua orang percaya natural remedies ni berkesan.

Sebenarnya ubat pun tak semua serasi dengan kita. Kadang tu, makan ubat, panas surut 2-3 jam sahaja. Kemudian panas semula. Tu maknanya badan tak terima ubat tu. Cara lain, cuba tukar ubat.

aku bukan doctor. Tapi semua ni berdasarkan pengalaman. Anak pertama memang kerap bagi ubat. Tapi, anak kedua, aku dah mula jatuh cinta pada natural remedies. Sebaiknya usaha dengan natural dulu. Kemudian baru ubatan modern. Korang akan rasa apa yang aku rasa. Anak bebas dadah dan kimia. Badan pun sihat je.

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. biasa akak kerapkan lap dengan tuala basah badan dia dan bagi dia main air..
    mmg cepat turun suhu..

    ReplyDelete
  2. betul lin..aku cuba bagi madu, air masak, garlic sock dulu..kalau lebih 3 hari tak kebah gak, laju2 bawak klinik..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers