Homeopati - Progress sakit Hafidh

As salam... 


Aku ni kan, lately ni teruk sangat perangai " LUPA " aku tu. Aisshh... Ubat homeopati hafidh dan harris, tertinggal kat Muar. Tapi bila tanya orang kat muar tak ada pula. Mana aja la aku campak semua ubat2 anak2 aku. Ubat sapu yang menghilang. Ubat minum nasib aku tinggalkan kat rumah. Kalau tak, sekali la tu. huh!

Tak pe la. Nak buat macam mana kan. Dah tak jumpa. Boleh je pergi klinik tu amik ubat. Tapi, nak pergi tu, alahai... makan masa dan bukan boleh pergi waktu malam. uhuh 

Hafidh dah 4-5 hari terima rawatan dari ubatan homeopati ni, kesannya alhamdulillah... makin sembuh. Itu pun aku dah stop ubat sapu dia. Jalan ubat minum je. Tapi, nampak jugalah perubahan dia. 


gambar atas after, bawah before


Sebenarnya asal sakit dia ni, tak teruk. Tapi, hafidh suka menggaru. Lagi2 sebelum waktu tidur. Doctor ada kata, memang waktu tu akan rasa gatal yang amat sangat. Mungkin sebab tu la dia menggaru. 

Sakit dia ni, sama je dengan adik dia kena dlu. Tapi, alhamdulillah.. adik dia dah pulih. Dan sebab tu juga la aku prefer Homeopati untuk hafidh. Sebab dah tahu kesannya yang positif. 

Dalam masa 4 hari, kulit hafidh dah makin kering. Suka aku. Amik gambar ni pun, doctor tu yang pesan. Sebab nak tengok ubat ni, serasi atau tak dengan Hafidh. 

Cerita homeopati lain kat sini ye. 



Post a Comment

4 Comments