Rawatan sakit kulit homeopati terbaik

Assalamualaikum 


Lama tak menjelma, malam ni baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu.  Huhu. Tak sihat sangat Lately ni. Asyik je MC.
Nak buat macam mana kan. Banyak sangat masalah. Bertambah sakit rasanya.  

Hari Khamis hari tu, sakit kulit Hafidh makin menjadi je. Setiap malam asyik lah menggaru sampai berdarah kaki dia. Kecian tengok. Tak sampai hati nak beli je ubat kat farmasi.  ye la, kalau boleh biar la bawa jumpa doktor. Boleh doktor tengokkan.  


Kitorang macam biasa pergi ke homeopati zuhairni di sungai besi. Awal pagi dah terpacak kat klinik. Padahal klinik buka pukul 10am. Tapi, muka kitorang doctor memang dah kenal. Terserempak dengan kitorang, terus doctor panggil masuk. Staff dia pun belum sampai. 

Rawatan disini cepat. Doctor akan periksa. Sambil tu kita cerita la apa masalah dia. Dari A to Z. Lepastu doctor akan suggest ubat apa dia akan bagi. Sambil tu, aku pun mintak tip macam2 dengan doctor. Doctor sangat friendly so, korang tak kan rasa segan untuk belajar macam-macam. 

Lepas settle jumpa doktor,  tunggu ubat. Masa tunggu ubat memang lambat sikit. Sebab doctor akan bancuh ubat ikut tahap mana serius sakit kita. Macam hafidh kuat sikit ubat dia compare Harris. Harris makin elok. So, ubat dia mild je la. 


Anak-anak aku memang dah serasi dengan homeopati ni. Selalu bawa pergi sini, esok lusa mesti ok dah. Cuma sakit kulit ni kena ada rawatan susulan. Kalau tak baik lagi, memang kena sambung ubat. Tapi, macam biasa masalah duit buat aku tertangguh beli ubat. Huhu. Kalau ada duit lebih memang tak akan Miss semua ubat ni. 

Sementara menunggu ubat, korang leh la makan, ada jajan doctor sedia kan. Takut menunggu lama kot. Gula2 pun ada. Tapi, itu la yang aku lemah. Budak2 mana boleh nampak gula2 kan. Memang nak je. Stress, pas makan comot.  Tapi, budak tak ada la boring.  

Korang kalau nak pergi homeopati zuhairni cawangan sungai besi, dia kat area lot baru. Belakang bank muamalat dan sebelah bengkel kereta. Tapi bahagian atas. 

Ok la da... 

Post a Comment

4 Comments

  1. tak pernah try rawatan homeopati. Ada tak utk masalah sembelit? huhu

    ReplyDelete
  2. tak penah try lagi hemopati..leh cuba ni pasni..lin take care ok!

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg cuba.. kt gombak ni mcm payah je nak jumpa

    ReplyDelete
  4. selain tu leh cuba air kangen ph2.5 utk rawat kulit

    ReplyDelete