Restoran Istana Bambu - Berbuka puasa dalam suasana kampung

As salam... 


Ramadhan bakal menjelang, untuk restoran pula, dah promote macam2 buffet untuk Ramadhan nanti. Biasanya masa ini la ramai orang prefer buffet. Boleh makan sebanyak mana yang boleh. Dan juga ada pelbagai pilihan. Biasanya masa puasa tekak terasa nak makan macam2 jenis makanan kan. 

Apa kata cuba buffet ramadha korang cuba di Restoran Istana Bambu. Tema pada tahun ini "Indahnya Ramadan" yang bercitarasakan Nusantara. Menariknya, suasana restoran yang berkonsep kampung, yang di kelilingi oleh elemen buluh, sawah padi, kolam ikan sungguh indah dan nyaman. Walaupun berada ditengah bandar. 


entrance
walkway

pandangan sisi
restoran istana bambu
Istana bambu suasana malam 
gazebo di istana bambu

Restoran ini boleh memuatkan sehingga 600 orang tetamu dalam sesuatu masa.  Kawasan yang luas membolehkan pihak restoran mencipta suasana kampung yang cukup sempurna. Gazebo buluh yang dibina menarik minat pengunjung untuk menikmati juadah sambil merasai suasana kampung. 
Pengunjung boleh memilih samada hendak duduk menikmati juadah secara duduk bersila atau duduk dikerusi di dewan makan atau di taman2 yang di sediakan. 

70 jenis juadah bakal disedia kan oleh pihak restoran Istana Bambu. Masakan utama adalah masakan ala kampung hingga ke masakan cina, Thai, dan juga Western di sediakan. Antara menu istimewa adalah kambing golek, ayam bakar sunda, dan pelbagai lagi. Kesemua menu di masak secara segar setiap hari. Bagi mengekalkan kualiti dan rasa untuk pengunjung.

Untuk kesemua menu tersebut, bayaran untuk buffet ramadhan hanya RM52.45 untuk dewasa dan RM16.75 bagi kanak2 yang berumur 5-11 tahun. Menarik bukan? 



Antara gambar menu yang sempat aku snap makanan melayu. Memang meliurkan. 

sayur campur

butter prawn

sotong telur masin

lala masak berlada

ayam masak kicap


Selain itu, pelbagai lagi menu ringan antaranya kueh mueh dan dessert sebagai hidangan sampingan. 








Western pula. 

macaroni... yummm


kambing golek yang telah di potong. 

Sepanjang bulan ramadan, Restoran Istana Bambu akan dibuka seawal jam 6 Petang sehingga jam 10 malam. Jesteru  itu, bagi yang nak berbuka di sini, digalakkan membuat tempahan awal.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 

018-374 9920 / 
03-4251 4717/ 03- 4252 4718
Emai: info@istanabambu.com.my
www.istanabambu.com.my

Alamat: 
Lot 841-842, Jalan Ulu Kelang, 
68000 Ampang, Selangor
 
map ke istana bambu
Selamat berpuasa korang. Mari la kita beramal sambil menikmati menu yang lazat ni. Makan tu beringat ye. 

To gang KBBA yang join haritu. TQ. Korang memang kaki selfie. 

lepas makan selfie







Post a Comment

3 Comments

  1. WAHH..MENARIK...
    suasana pom mmg feel kampung habis la..

    lin nampak slim skarang ;-)

    ReplyDelete
  2. menarik ... nampak berbaloi dengan harganya. Suasana pun tenang dan selesa :D

    ReplyDelete