Workshop MYRYL - Kaitan warna dan kerjaya

As salam...



Akhirnya ketemu jua... uhuhu sorry la tak sihat lately. Semalam pun terpaksa halfday MC. Allah tarik nikmat sikit. Tapi, dia ganti nikmat yang lebih besar. Nanti story pasal nikmat itu ye. Now nak story nikmat ilmu baru lin dapat baru-baru ni di Workshop MYRYL.

Alhamdulillah diberi kesempatan menimba ilmu dan sesuatu yang baru di sini. Sapa sangka, Kerjaya dan warna adalah sesuatu yang berkaitan. Korang mesti tak sangkakan. Warna memainkan peranan dalam menentukan kerja seseorang, minat, kecenderungan serta kebolehan yang ada pada diri tanpa kita sedari.

Di Workshop MYRYL yang berlangsung di Hotel Bangi - Putrajaya pada sabtu 13 Jun 2015, yang dikelolai oleh Puan Shuhada Alaudin, pengasas MYRYL itu sendiri.

MYRYL yang bermaksud MASTER YOURSELF, REVAMP YOUR LIFE.




Beliau yang dahulunya seorang berkerjaya sebagai seorang peguam, beralih arah ke dunia motivation, selepas mengetahui, apa sebenarnya minat dan kecenderungan beliau. Jiwa beliau lebih kearah motivator. Lepas mengetahui perkara tersebut, beliau terus menukar kerjaya dari seorang peguam ke dunia MYRYL sekarang ni. Hebatkan. Jadi, itu la yang kami perlajari juga. Apa warna dan kerjaya yang berkaitan dengan diri kita.







SLOT pertama adalah : WHO AM I?

Slot ni, kita akan berlajar mengenai teknik mengenal diri melalui warna dan number.
Warna dalaman mewakili 20% dan warna luaran mewakili diri sebanyak 80%. Bagaimana caranya?
Kita akan di diagnose, dan dari situ, baru kita tahu apa warna kita.



Cara diagnose tu, kena refer pakar. Kita tak boleh sebarang buat. Takut salah dan orang tu akan susah nanti. Sebab itu bukan diri dia.

Apa pentingnya warna tersebut?


  • Mengenalpasti kekuatan diri yang boleh dijadikan sumber kekuatan sewaktu dalam kesusahan.
  • Mengenalpasti potensi diri yang boleh dikembangkan.
  • Mengenalpasti kelemahan yang boleh di atasi.
  • Meningkatkan keyakinan diri kerana anda sedar akan kelebihan diri anda.
Dan warna aku adalah.... jeng..jeng...jeng.... it pink!!! hohoho 

So.... not me! tapi, itu la hakikatnya. Selepas di diagnos oleh pasangan aku hari tu, PINK adalah warna aku. Dan, apa yang paling terkejut adalah, semua ciri2 dalam warna pink memang 80% aku sekarang ni. Dan aku harap ianya juga adalah aku dimasa hadapan. Nak tahu tak ciri2 tu??? 



apakah warna anda


Kiraan nombor pun aku berlajar juga. Nombor luaran mewakili 20% dan Nombor dalaman mewakili 80% Apa nombor aku yek?? 

Nombor luaran adalah 5

antara nota sempat dicoret diMYRYL

Nombor dalaman 1


Cara nak tahu sama macam kita diagnos warna juga. Jadi, apa ciri2 nombor yang aku dapat? Jom kita tengok. 




Bagi aku nomber macam tak banyak kaitan sangat. Mungkin ciri2 yang disenaraikan tak banyak barangkali. 
Cuma nombor ada senaraikan apa positif dan negetif dalam diri kita. Jadinya apa yang negative tu, perlu kita berusaha untuk pelbaiki. 

SLOT kedua : Unlock and Unleash

Slot ni agak complicated pada aku. Kita memerlukan suasana yang betul2 tenang dan tenteram. Bila depan orang mungkin agak susah untuk focus. Tapi, kami diberi contoh, jadi faham la macam mana cara untuk lakukannya. Cara ini dipanggil SWISH. Bayang kan sesuatu yang kita dah lama inginkan kemudian bayang kan sesuatu yang membuatkan kita happy sangat2. 

Contohnya: Perkara yang lama tertangguh. Hendak menjadi WAHM (Working at home mom)
Perkara yang membuatkan aku gembira. Tengok movie korea. 

Hahaha it soo me ok. Lagi2 time gini. 

Bila kita membayangkan benda yang seronok tadi, dengar suasana tu, bayangkan benda gembira itu, dan kita cuba swish pada perkara tertangguh tu. Pinjam suasana gembira masukkan dalam perkara yang tertangguh tu. Lebih kurang gitu la cara nya. Cuba dan cuba sehingga kita jadi semangat nak kejar perkara tertangguh itu. Jadi jom SWISH!!!


Semua ni, otak dan minta kita yang pengaruhi. Bila kita kata nak, maka jadi la dia. Confident je selalu tak ada. Jadi, built up your confident ok. 

SLOT ketiga : Walk The Talk

Setiap hari ada warnanya tersendiri. Haa.. ni aku baru je tahu. 

Isnin: Warna putih
Selasa: Warna violet / Pink
Rabu: Biru
Khamis: Kuning/ Oren
Jumaat: Hijau
Sabtu: Merah
Ahad: Hitam



Bila setiap hari, kita pakai warna mengikut warna yang ditetapkan, aura itu tak akan sama. Katakan hari Isnin warna putih. Bila kita pakai warna putih hari tersebut, semangat kerja tu akan jadi lebih semangat. Sebagai permulaan hari bekerja. Kalau korang tak percaya cuba aplikasikan warna2 dalam harian korang. 

Sekarang ni, dah tak payah risau dah, pening2 fikir nak pakai warna apa pergi kerja. Dah ada hari yang menentukan. ihihi . Baguskan. 

Selain itu, warna juga mempunyai maksud dalam sesuatu situasi. Katakan untuk pergi interview. Warna yang sesuai adalah warna biru. Ini kerana warna biru simbolik pada seseorang yang suka pada kerja dalam berkumpulan dan mempunyai identiti tersendiri. Ok, dapat idea dah kan. Warna akan bergetar pada sesuatu perkara. 

Game Plan

Ini paling aku suka. Sampai emosi terlebih. Game plan adalah cara penyelesaian pada sesuatu masalah. Dari 1 perkara yang besar, kita pecah2 kan menjadi kecil. Kemudian senaraikan setiap masalah dan jalan penyelesaiannya. Kalau cerita kat sini panjang. Korang pergi la workshop MYRYL ni. Lebih jelas dan terang. 










Zumba dan Selfie

Ini acara selingan. Berzumba mereka semua. Yela, pihak MYRYL takut dorang ni mengantuk. Best la dorang dapat joget sakan. Aku disebabkan tak sihat, leh la jadi pemerhati je. Jeles plak bila tak dapat zumba. huhuh. Zumba di ketuai oleh Darlyn



Acara wajib. SELFIE dan bergambar sakan.






Untuk maklumat lanjut, 

Web: http://www.myryl.net/
Instagram: https://instagram.com/myrylpoint/
Tel: 03 - 4065 0091

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh..menarik! mesti sgt best kan kursus ni...kita akan semakin kenal diri kita sendiri...

    salam ramadhan! sue singgah blogwalking :)

    ReplyDelete