kbba

Latest Posts

Cara Meneran Semasa Bersalin

By 10:03 AM , , ,

As salam... 

Walaupun dah berkali bersalin, para ibu tetap akan gementar setiap kali melalui proses kelahiran ini. Bersalin ni, ibarat jihad. Samada kita akan selamat atau pun tidak. Biasanya sebelum bersalin, isteri akan minta ampun maaf dari suami, ibu bapa dan juga ibu bapa mertua. Dan minta doa mereka semoga Allah permudahkan urusan bersalin. 

click pic utk ke sumber gambar




Perkara asas yang perlu kita amik tahu adalah seperti dibawah 
1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...
7. baca bismilah, selawat
8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

Semoga dipermudahkan ya ibu2 semua. Jodoh ajal maut semua ditangan Allah. Banyakkan mengaji semasa mengandung. InsyaAllah dipermudahkan

You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. doakan untuk sy jugak ye..InsyaAllah time raya haji nanti...mmg takut bila pk nk keluarkan zuriat kesayangan ni..hehe...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Ala dah lepas...patut la dulu susah bersalin...salah teknik rupanya..

    ReplyDelete
  4. aida ada tanya tips utk meneran, before bersalin dulu.
    tapi, bila da sakit atas katil kat labour room tu, lupa !!!
    ha ha ha meneran ajer la janji baby kuar selamat :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers