Gembirakan anak-anak di bulan Ramadan

As salam...

Salam Jumaat semua. Lama tak menulis. Kesihatan dan emosi tak berapa nak stabil. Terlalu banyak cerita nak kongsi kat blog. Terlalu banyak luahan nak luah. Nanti akan ku coret juga cerita ni. 

Semalam, tetiba tekak macam teringin nak makan steamboat. Aku dan husband memang minat steamboat. So, kami decide nak makan di JOHNNY Alamanda. 4.30pm aku call untuk buat tempahan awal. Alhamdulillah ada rezeki kami. 

Sampai je sana, aku terus buat order dan bayar deposit. Lepas tu, terus jalan2 sekitar alamanda. 
Hafidh dan Harris suka sangat berlari. Puas la aku jerit panggil dorang. Bukan apa, takut dorang hilang. Tak memasal raya anak tak ada nanti. Lagi orang tengah ramai. 

Niat aku, nak beli kasut raya bebudak ni. Aku memang dah aim 1 booth kat sini dari dulu. So, kitorang direct kesana. Pilih2 dan berkenan 1 kasut ni. Warna light brown. Cari 2 kasut yang lebih kurang sama. Tapi, tak sepenuhnya sama. 

Dah pilih2, masing teruja nak pakai terus. Tapi aku pujuk dlu, so dorang percaya dan ikut. Lepas settle beli kitorang pergi semula Johnny untuk berbuka. 

Lepas makan, tak lengah, terus balik. Tak boleh la jalan2 lagi. Jenuh juga dengan bebudak ni. Kuat berlari. Ada 1 masa tu, aku tarik Hafidh cakap dekat dia. "Jangan jalan jauh.. ada orang jahat tangkap hafidh nanti, dia ikat tangan dengan kaki nanti... "

Korang tahu apa jawapan Hafidh??? " Hafidh tak takut la mmy.. Hafidh kan kuat... dia tangkap, hafidh tomen dia macam ni... " sambil buat aksi ultraman keluarkan kuasa. Aku tak terkata apa... 

Balik rumah pula, aku suruh budak-budak ni cuba baju yang aku order online. Baru sampai. Aku pun teruja nak tengok, muat ke tak. Takut gak klu salah size. Dah try, tak nak bukak pula baju2 tu. Adoii..sabar je la. Siap bawak tidur. Risau gatal je sebab tak basuh. Beria la aku pujuk. Tak baginya. 



Suka hati la nak.. asal tak buat perangai. uhhuhu. 

Post a Comment

10 Comments

  1. saatnya membeli baju lebaran ya mba ehehehe

    ReplyDelete
  2. sabarnya seorang wanita bernama ibu :)

    ReplyDelete
  3. Seronok anak2 allene tak mo buka baju raya tu...seronok pakai hehhee

    ReplyDelete
  4. hahaha,..samalah dengan irine..dah siap pakai terus dia lari x kasi kita bukak dengan harapan kita kejar dia..budak2 ni kelakar betul... kite pon camtu jugak kot dulu

    ReplyDelete
  5. Seronok tgok ank2 excited nk pakai baju raya...kalau anak akak ni lain plk kisahnya...bab nk shopping pakaian mmg dia kurang gemar sbb nk kena fitiing bagai katanya :)

    ReplyDelete
  6. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  7. utk kakak2 da settle.
    utk ijat lom aida settle ~ baju melayu, baju kasual & kasut ~ semua ijat lom ada :( hu hu hu...

    gitu la anak2. excited. nak bwk tido :) cute and clever...

    allene, bleh bagi address?
    aida mau kirim kad raya yg join gmbm.
    tq. harap sudi menerima nyer...

    ReplyDelete
  8. Sama la dgn anak2 ni...suruh test je..last2 tknk bukak...puas jgk pujuk...ni pun belum sempat nk carik bju2 diorg

    ReplyDelete
  9. eksaited tu nak rayaaa heeeeeeeee

    ReplyDelete