JAKEL - Baju Melayu murah dan mudah di cari

As salam...


Dah beli baju raya ke belum semua ni? Cepat2 beli, nanti warna yang diimpikan habis. Menangis la. 
Selalu aku beli siap je baju melayu suami dan anak2. Malas la nak tempah2 bagai. Beli kain dah cost. Belum upah lagi. Kalau jahitan cantik berbaloi ok la kan. Tapi, dapat tailor yang hampeh. Menangis tak beraya nanti. 

Memula aku carikan alamanda. Dorang ada buat jualan murah kan. Bahagian tengah tu. Baju budak dalam 65-70 ringgit. Bagi aku, ok sangat dah. Tengah syok pilih baju anak, lupa tengok baju daddy dorang pula. Sekali tengok, tengok harga dia dulu. Terus cancel nak beli. RM200 ++. Memang tak la laki aku nak beli harga gitu. Katanya pakai masa pagi raya je. Betul jugak. 

So, kami pergi pakson. Sekali tengok harga pun lebih kurang gitu. Give up la. 


Kami pun fikir nak pergi Jakel Shah Alam. Lepas berbuka, terus kesana. Sampai je Jakel, tengok orang dah ramai dah masa tu. Tapi, ok lagi dari Jalan TAR kot. Ada bangla tu, yang bantu kami pilih baju. Bagus juga ada saleman gini tau. Tak ada la kita tercari cari sendiri baju kat mana.Size apa. Cakap je nak warna apa, size apa. Dia terus pergi amik. 

idola kanak2
Memula settle baju Daddy dulu, kemudian baru baju anak2. Nak cari baju anak pun senang. Tunjuk je baju daddy dia tu kat kaunter baju melayu kanak2, bagi tahu umur anak. Atau, tunjukkan anak kita. Tahu la dia pilihkan size. Kalau tak pasti, contoh size ada disediakan. Saleman kat kaunter tu akan cari baju yang match dengan baju daddy tadi. Tak payah la jenuh kita nak memusing. Biar dorang buat kerja. Mudah kan. 

Selain mudah, harga sangat berbaloi. Kalau ikutkan baju melayu Aaron Aziz Rm100 masa happy hour. Tapi, kitorang tak dapat. Puas la laki aku dok bodek bangla tu. Tak mo dia bagi. Dia bagi RM140 je. Tu pun dah syukur sangat dapat jauh lebih murah dari kat Alamanda. Baju anak2 pula 2-2 bawah RM10. Harris Rm40 ++ Hafidh Rm50++. Masing2 free samping dan butang baju melayu. 

Kualiti kain memang bagus. Tak nipis sangat dan tak tebal sangat. Berbanding kalau kita beli kat mydin kan. Aku dulu memang dah selalu beli baju kat Mydin, so memang tahu la qualiti dia macam mana. 


lengkap sudah baju anak2
Cuma... Jakel sangat sesak. Kalau bawa anak2 tu, bertabah la ye. Jangan sibuk memilih baju sampai anak hilang pula. Ingat tu. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya harga jakel...dah tu siap dapat samping & butang free! Mmg berbaloi....

    ReplyDelete
  2. pernah beli utk anak kat Jakel..tak silap masa tu Baju Melayu Zizan Razak tapi x brp cantik jahitannya

    ReplyDelete
  3. sama la aku pun beli baju laki ngan anak2 kat JAKEL je tapi kitorg g kat Jalan TAR tue..x sampai seminggu puasa dah beli memang x sesak lagi la

    ReplyDelete
  4. ijat takde baju melayu lagi.
    ingat kan nak gi jakel seremban ni khamis nanti.
    carik utk ijat :)
    minta2 la ada size lagi...

    ReplyDelete