kbba

Latest Posts

Kehidupan baru di BERANANG

By 4:36 PM , , ,

As salam... 



ini bukan rumah beranang

Sabtu ni, insyaAllah kalau tak ada aral, kami sekeluarga akan berpindah dari Cheras ke Beranang. 
Bila sebut perkataan Beranang, ramai yang kata jauh. Ye, tak dinafikan Beranang memang jauh. Jauh dari bandar. Dan jauh dari rumah sekarang. 

Alasan kukuh kami ke sana adalah sebab harga yang berpatutan berbanting area lain. Mungkin Beranang agak pendalaman. Tapi, sekarangkan dah maju dah banyak lebuhraya sana. Bayar je tol sampai la ke destinasi kita kan. Dah tak jadi masalah dah. 

Kalau dulu orang kata Rawang itu jauh sangat. Tapi, tengok sekarang Rawang dah maju. Rumah tumbuh macam cendawan selepas hujan. Dah ramai pun yang duduk sana. InsyaAllah Beranang pun akan maju dan ramai penduduk nanti. 

Aku sibuk2 kata gitu, kononnya dulu aku ada beli rumah dengan developer kat area Semennyih. Tapi, tak ada rezeki kami. Tu yang terlekat nak cari area sana je. Lepas ni, banyak la event aku melepas. huhuh. 

Kadang rasa nak jadi suri rumah je. Duduk dah jauh dari bandar ni. Duduk rumah masak lagi best. Tapi, takut bosan pula. Online business slow sikit semenjak dua ni. Mood kelaut. Hahah. 

Tapi, insyaAllah... kalau murah rezeki duduk sana, aku resign je. Kerja pun terkejar2 dengan anak2. Bukan senang. Kena keluar awal. Duduk dah jauh pepaham la ye. Nangis bangun pagi aku nanti. 

Kerja sebagai interior ni, dah cukup kot bagi aku. Tak nak aku tua dengan kerja ID je. Cukup sudah. Pelbagai ke"stress"an aku kena hadap. =) 

Doakan kehidupan kami lebih selesa dan murah rezeki dan dikurniakan anak2 yang ramai. Ehhh... 
Bye Assalam... 


You Might Also Like

9 leave a massage here...

  1. kalo mampu jadi surirumah, better jadi surirumah la.hehehe.

    ReplyDelete
  2. aku pun dok kat Klang nun jauh di Kapar sana...memang kawasan kampung..pedalaman la jugak..still kerja kat Gombak..weekend je balik Klang..n jumpa husband pun weekend je...mmg terpikir nak benti dok umah masak n jaga laki n anak..tapi skang ni belum masa sesuai lagi...banyak benda yang nak kena setelkan sebelum betul2 decide nak benti..apa2 pun..selamat berpindah allene...Beranang pun ok ape skang..makin banyak tempat yang membangun kat situ..

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan kak lin dipermudahkan... :D

    ReplyDelete
  4. Selamat pindah rumah baru Lin..jom jadi geng surirumah :)

    ReplyDelete
  5. semoga dpermudahkan semua urusan lin..aku pun teringin sgt nak jadi surirumah..tapi keadaan masih tak mengizin kan..huaaaaa

    ReplyDelete
  6. semoga dapat sesuaikan diri di tempat baru..

    ReplyDelete
  7. Saya pun duk di kapar klang. kerja di damansara. orang cakap kapar jauh, tapi kalau dah biasa, jarak tak jadi masalah. saya dapat rumah below than 150K untuk teres setingkat.

    ReplyDelete
  8. kakak aida umah di cheras.
    mak mertua dia di beranang.
    tak jauh... ok aje :)
    lgpun, beruntung dpt dok kg.
    aman...
    damai...
    elok utk tumbesaran anak2 :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers