Pentingnya watermark untuk gambar di blog

As salam... 

Aku ni mudah bosan dengan watermark atau pun header blog. Hari2 tengok benda sama memang bosan la. Nasib baik reti guna photoshop. Senang sikit nak godek2. Alhamdulillah. Kelebihan sebagai seorang designer. Eh tapi jangan tak tahu, bukan designer sekarang pun ramai yang reti tau guna photoshop software ni. Hebakk korang. 

watermark - blog typical mommy 2015


Awal dulu memang tak amik kesah pasal watermark ni. Tapi, sekarang wajib kot ada watermark. Ramai sangat si pencuri gambar. Jahat yek dorang. Babap kang. Kalau amik untuk kebaikan ok la kan. Ni tulis entry entah pape, lepas tu letak gambar kita. Oh a big no kan. Untuk keselamatan, baik la design 1 watermark dan letak la kat gambar kita sebelum pos entry.

Sebenarnya nak design watermark tak susah mana pun. Perkara pertama korang kena amik tahu adalah cita rasa. Korang suka yang simple, classic atau pun colourfull. Haaa... Macam aku, selera berubah ubah. Tak kesah la kan. Boleh tukar2. Tapi, kalau korang jenis yang tak reti design watermark sendiri boleh upah orang buatkan. Cuma selera tu jangan berubah selalu la. Kang duit pun melayang2 je. Hihih...

Nak cari designer untuk buat blog, header dan watermark senang je. Korang google je. Mesti dapat. Sorang ni, aku rekemen sebab aku kenal. Sue haida. Geng gojes blogger supermom and baby. Harga memang murah dan korang mesti suka la. Kalau ada kenalan lain pun boleh. Apa salah kita membantu sesama kawan kan. 

Transfomasi watermark aku. Meh tengok tapi jangan gelak. Hahaha. Sebab aku pun gelak. Teruk sangat selera aku ni. 


sebelum ni. 2014

sebelum tu 2013


Haaa... kelakar kan. Susah jugak nak cari identity untuk silalang ni. Harap berkekalan la. Biar header je berubah. 
Ok sekian.

Post a Comment

6 Comments

  1. hehehehehh kita yg malas ni tak de watermark ,tgk mood kalau rajin tulis je edit gambar buh text kalau tak memang tak de la huhuuuu

    ReplyDelete
  2. memang penting watermark ni..tapi kadang saya ni lupa juga nak tepek..hihi..

    ReplyDelete
  3. Aku jugak yang xdak watermark. Plan tu ada, tapi malas pulak. Sudahnya sampe ke sekarang xdak watermark

    ReplyDelete
  4. cantik jugak watermark tu.
    salam perkenalan. GMBM

    ReplyDelete
  5. aida skang wajib watermark gambo.
    bukan nyer apa. dari gambo tu nanti org boleh terjah blog kita.
    and confirm org tak boleh ciplak gambo kita :)
    kecuali dgn izin la nak amik gambo tu kan...

    ReplyDelete