kbba

Latest Posts

Resepi Kuih Kacang Hijau - Mudah dan cepat

By 2:11 PM , , ,

As salam...

Pernah tak makan kuih kacang hijau ni? biasa ada je jual kat kedai makcik jual nasi lemak tu. Tapi, sekarang ni, jarang sikit dapat jumpa. Kalau ada pun keras je. Sebab lebih tepung. Sakit hatikan makan gitu. Aku memang la terkilan sampai kesudah. 

Terbaca entry kak noor pasal kuih ni. Kak noor panggil cucur kacang hijau. Tengok bahan dan resepi nampak senang. Nak cuba la. ngee.. Rasa memang terbaik tau. hahah 


kuih kacang hijau


Ni resepi yang kak noor share: source
Aku memang ikut semua step ni. Selamat mencuba... =D 



Bahan nya
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan gula nak kurang atau lebih terpulang lah
  • 1 secubit garam
  • Tepung gandum secukup nya
  • Air secukupnya untuk merebus kacang sehingga lembut

Cara nya
  1. Kacang hijau dicuci dan direndam 1/2 ke 1 jam tujuan supaya merebus tak lama sangat save gas kita sikit.kemudian rebus sehingga kembang.
  2. Bila kacang dah lembut masukkan gula dan garam.
  3. Masaklah sehingga kacang tu kering dengan api yang perlahan.
  4. Bila dah kering masukkan sedikit tepung gandum dan kacau rata. tujuannya supaya senang membentuk kuih kacang nanti tak pecah.
  5. Biarkan sejuk dan bentuk lah ikut besar yang di kehendaki sehingga habis adunan.

Bahan untuk batter

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 secubit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air sejuk dari petiais
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng
Cara nya
  1. Blender semua bahan-bahan batter kecuali minyak. Kita akan dapat adunan yang pekat dan likat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan kacang yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan batter dan gorenglah sehingga kuning

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. sedap.. tapi mmg susah nk cari yg sedap..

    ReplyDelete
  2. feberet yoorin jugak ni..x silap nama dia gendang sari kot

    ReplyDelete
  3. peberet sangat nie....klu dapat mau berbiji2 makan

    ReplyDelete
  4. Sedap...biasa kalau buat bubur kacang yg lebih tu buat kuih ni...nak carik org jual yg sedap mmg susah...

    ReplyDelete
  5. memang sedap. saya pun suka. orang singapura panggil kuih ni gendang kasturi. nak lagi sedap dan lemak, bubuh 1/2 cawan kelapa parut. di gaul sekali ketika kacang hijau da lembut. Boleh gunakan kacang merah jika suka...ni peberet suami saya

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers