Si pengacau hidup

As salam...


Hidup ni, peluh liku liku. Kuat atau tak sahaja kita untuk tempuhnya. Aku tak sekuat mana. Kadang, kena jentik pun aku dah melatah. Sampai nak tidur malam pun terfikir2 hal si pengacau yang mengganggu hidup. Bukan senang jadi aku. 

Aku perlukan masa untuk tenang. Fikir rasional. Dalam keadaan aku yang sekarang, banyak benda aku kena amik tahu. Bukan hanya diri aku. Tapi, keluarga dan masa depan kami.



Kadang sesama keluarga pun sengaja pecah belahkan hubungan. Nak kata gila, reti plak bab cinta marah sedih... tapi, perangai tak serupa. Kadang macam nak nyah je orang gini. Apakan daya. Hubungan sesama islam itu penting.

Apa yang boleh, pekak kan telinga dan tengok gelagat orang tak matang tu, sejauh mana dia boleh pergi. Sejauh mana dia nak buat drama. Kalau nak ikutkan kerenah orang, memang tak terikut kita nanti. Bukan sorang dua kan. Biar la dorang tu. Yang penting, aku dan keluarga bahagia. Tanpa meminta minta dari orang lain.

Sabtu ni, aku dah pindah ke Beranang. Semoga bahagia ditempat baru. Semoga murah rezeki ditempat baru. Agak aku tak larat untuk kerja lagi, terpaksalah menyurikan diri dirumah. hihihi. Rezeki dari Allah. Bak kata D, follow the flow.

Janji suami, anak2 dan keluarga ada dengan aku. Cukup.

pemberi semangat mommy
Anak2 makin gemuk. Hihih. Kuat makan sungguh budak berdua tu. Jangan makan sampai sakit dah la ye. Pipi dah bolat. Rindu anak. =) 

Post a Comment

3 Comments

  1. Macam sama je apa yang ditulis ni dengan yang saya alami sekarang..sedih sebenarnya..sampai satu masa saya terluah kat suami.."rasa macam nak mati.."..mujur la suami sentiasa bagi semanagt kat saya dan sokong saya ..

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki lain utk lin sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. All the best alin...semoga alin & family dimurahkan rezeki di tempat baru nanti..

    ReplyDelete