kbba

Latest Posts

Tak sanggup membeli belah saat akhir - Raya 2015

By 11:41 AM , , ,

As salam... 



Dah selesai ke belum korang ni membeli belah untuk raya ni? Semalam aku pergi Kenanga Wholesale Ya Allah.. ramainya umat. Kalau jenis mudah pengsan dah pengsan kot. Lagi2 yang jenis bawa anak kecil. Ehh.. anak aku pun kecil2 lagi. Tapi, dah boleh berlari la. 

Sejak anak makin melasak, nak berjalan sakan sangat itu memang tidak lah. Bila terpaksa macam beli barangan dapur tu, memang tak boleh nak dielakkan. Bawak usung sekali anak2. Kalau biar suami je pergi beli, alamatnya memang 2-3 kali lah berulang barang tak cukup. Ngeee~~ Laki aku memang suka beli barang sikit2. 

Jadi, bila nak membeli belah untuk persiapan raya ni, aku lebih suka beli online je. Tapi, risiko la kan. Gambar selalunya tak sama macam real. Sebab tu, aku prefer beli dari orang yang aku kenal. Baju raya anak2 aku beli di http://www.zaralittletots.com/ harga masa sale sangat berbaloi. Rembat apa yang ada. Siap belikan baju untuk anak perempuan D sekali. ihihi. Dapat la baju kurung sepasang dan kemeja sepasang. 

Anak2 sendiri dapat jean sorang 1, kemeja dan t-shirt. Cukup la tu. Nak mommy sakan sangat berbelanja pun bukan mampu. Jumlah semua tu tak sampai RM200 pun. Memang berbaloi beli di ZLT. Korang boleh join group FB nanti ZLT akan buat sale melalui group ini. https://www.facebook.com/groups/1590628951211091/

Shopping at ZLT

Shopping at ZLT


Sekejap je, semua baju anak2 settle. Tapi, baju melayu, kena beli sama dengan Daddy dorang. So tak boleh la beli online. http://www.mommylin.com/2015/07/jakel-baju-melayu-murah-dan-mudah-di.html


Kasut anak2 pula settle dah beli di Alamanda. Dapat la sedondon tahun ni. Tahun lepas adik tak ada size. uhhu http://www.mommylin.com/2015/07/gembirakan-anak-anak-di-bulan-ramadan.html

Lega.. Untuk anak2 semua dah selesai. Untuk diri sendiri pun dah selesai. Cuma, kasut je belum cari. Nak cari mestilah yang selesa dan lembut. Huhuh. Berat bertambahkan. Harap2 sempat la cari kasut raya. Kalau tak berselipar la aku. 

Bila dah hujung2 ni, baru nak terhegeh2 pergi cari barangan raya memang aku tak suka. Sesak. Dengan puasanya kita kan. Anak kecil lagi. Memang aku tak akan la bersesak macam tu. Lagi2 masjid india atau jala TAR. Allah... pernah pergi masa tu, belum kahwin rasanya. Pergi dengan family. Penatnya la berjalan. Tapi, barangan yang nak, tak ada. Memang stress la. Jadinya baik la kita beli awal2. Atau tunggu sale, beli. Lagi puas hati. 


You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. haahh.. kalau beli last minit memang kat pasaraya sangat crowded. kalau ada anak kecik, memang kesiannn sbb akan jadi tak selesa dengan tempat macam tu

    ReplyDelete
  2. Wowww dah lengkap haa sedondon...julia beli sebelum bulan puasa...dalam bulan puasa beli utk mak2 ye blouse hehhe top up buat pakai raya ketiga dan seterusnya...byk pakai blouse je sempoi

    ReplyDelete
  3. comelnya anak2. sy pun xsuka beli last minit. tahun2 sebelum ni beli awal tp this year sabtu lepas baru pegi. tp cuba mencari tempat2 yg tak ramai org sgt. kalau x mau pengsan

    ReplyDelete
  4. tahun ni ciknaa paling simple..baju anak pn sikit-sikit je.. eh baju melayu tu sama la dgn tema kitorang..huhuu

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers