Ahli baru tahun 2016

As salam...


Tahu tak apa itu anak IUCD? mana yang tahu tu, mesti tak rasa pelik. Huhuh... IUCD adalah sejenis alat perancang keluarga. Bila pakai IUCD, tak kan terjadi la anak. Tapi, ini kes terjadi anak. 

Sebelum ni, aku kerap kali kata, kalau rezeki datang awal... aku terima. Memang dah takdir, masa usia 29 tahun ni, aku bakal melahirkan anak ketiga. Semua tu dah tertulis. Cuma kita je yang merancang. 

Mesti pelik dan ramai tertanya... macam mana boleh jadi??? Aku story dari awal ye... =D 
Aku lewat period 2 minggu. Memang dah selalu lewat, nak kata apa. Aku ok je la. Sampai 1 tahap aku rasa badan letih sangat... Lemah je setiap pagi. Petang pula start pening2. Aku dah start rasa kenapa dengan aku ni, sebab tak dapat period lagi kot.

2 hencem boy



Mitos biasa, kalau nak kasi period, minum la air gas. Aku pun pergi bedal air gas. Sejuk tekak. Tapi, tak ada hasil juga. Pipi makin tembam macam pau pula. Ehh. lain macam sungguh dah aku rasa. Terfikir juga, aku mengandung ker? Mustahil.... aku kan pakai perancang. 

Macam biasa orang kata, bila kita mengandung, naluri tu jadi lain. Aku pun beria la pergi watson beli pregnancy test. Malas nak teka teki dengan diri sendiri. 

Malam tu, aku terus buat. Tak sabar plak nak tahu hasil. Sekali tengok............................................ 
Double line. APAKAH??? aku tak tahu nak gelak ke menangis... aku suka aku mengandung.. dalam masa yang sama... betul ker?? tak kan pagar aku dah roboh... Jantung aku sentiasa dup dap dup dap.... 

Malam tu, aku bagitahu D... riaksi dia senyum.. dan wish  "TAHNIAH SAYANG".. Terus aku rasa nak meleleh air mata. Ada malaikat kecil dalam perut rupanya... alahai.... patut la Harris manja menjadi2. Melekat je dia. Siap demam bagai. Rupanya nak dapat adik. 

D suruh aku pergi check dengan doctor yang pasang alat IUCD tu. Senang dia dah tahu semua record aku. Dan, selepas check, rupanya..................................................................................................
























nanti aku sambung...!! bye...

"Logo land and Kidzania"


***************************************IKLAN**************************************

Jom dapatkan nursing cover murah dan cantik. 100% cotton. Cepat jangan terlambat.
PM NURSING COVER MURAH atau WhatsApp 019.252.3932




Post a Comment

9 Comments

  1. aduhh..ade sambung ke..?excited lak bace..eniwey...tahniah allene..waa da nak masuk 3 orang dah..t8 cre ok..

    ReplyDelete
  2. Wah . Alhamdullilah.. Tahniah. Allene dah nak masuk 3 org anak,..Zila br nak masuk 2nd child. Tak terkejor lar lin oiii.. :)

    ReplyDelete
  3. nak tahu jugak ...walau ni utk wanita tp pcl rasa nak juga info sebab ... my wife merancang sampai terancang sangat hasilnya dapat dua anak dara setakat ni.. teringin nak lagi dan berharap dibuka puntu hatinya mengandung lagi.

    ReplyDelete
  4. suspen jadinya....cepat....tak sabar nak tau story lanjut..

    ReplyDelete
  5. Memang jarang sangat orang mengandung kalau dah pakai IUCD. Kira rezekilah tu.. Tahniah. Tak sabar nak baca sambungan cerita ni, sebab kalau IUCD tu masih kat dalam rahim, risiko untuk miscarriage tinggi. Semoga selamat semuanya, puan.

    ReplyDelete
  6. aiyak..wat suspen je ni..cepat cete..=P

    ReplyDelete
  7. Tahniah lin...rezeki lg...sesuatu sgt pakai protection tp pregnant...cepat sambung tulis...aku nak tau gak puncanya

    ReplyDelete
  8. Tahnian leen.tumpang gumbira dgn perkabaran itew...hehehhe

    ReplyDelete