kbba

Latest Posts

Apa akibat bila kita berkata "JANGAN " pada anak

By 6:00 PM , , , ,

As salam...

Kita selalu dengar or baca orang kata, tak boleh berkata "jangan" atau pun "don't" pada anak-anak.
Tapi, kita tahu tak apa akibat bila kita kata perkataan itu dekat dia? Ermmm biasanya bila kita kata "jangan" itu la yang dia buatkan.

Betul. Itu la yang sebenarnya bakal terjadi. Sebaiknya... kata pada mereka apa akibat kalau dia lalu.
Contoh ye. " Hafidh... lalu sini, jatuh nanti..." ini ayat sebetulnya. Tapi, yang selalu kita guna.
" Hafidh jangan lalu sini.. pergi lalu sana..." Haaa... betul tak?

hafidh aryan




Contoh di atas adalah kejadian betul ye. Masa amik anak-anak dari rumah baby sitter, aku terpaksa parking di ruang parking bertingkat. Kat situ selalunya memang banyak minyak moto kat lantai. Dengan keadaan hujan, lagi la lantai tu basah.

D pun cakap kat Hafidh guna ayat Jangan tadi macam kat atas. Tahu apa anak aku buat???
Dia sengaja lalu atau pijam tempat yang D cakap jangan tu. Dan sekelip mata jatuh habis baju kena minyak.

Geram je aku tengok dia. Tapi, bukan salah dia. Budak biasalah.. nak mencuba. Dia nak tahu kenapa kita kata jangan. Makanya dia jalan juga dan bila jatuh dia tak menangis.. Tapi, dia tahu la apa akibat bila tak dengar arahan tu kan.

Bukan senang nak didik anak tanpa perkataan "JANGAN " . Sebab sebelum kita keluarkan perkataan tu, kita kena fikir nak ganti kan dengan ayat apa yang sesuai. Betul tak.?
Ok good luck mommy. Semoga berjaya tidak menggunakan "JANGAN" atau "DONT" dalam kehidupan seharian kita.



You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. terima kasih atas perkongsian..sungguh, kadang2 kita ibu bapa ni x sedar apa yg kita tuturkan tu memberi pengatuh pd anak2 kita..

    ReplyDelete
  2. hehe btl tu...budak2 ni ape yg kita larang lah dia nak buat..nak explore kenapa kita kata jgn..adeh..pening jugak ni nak kena pk ayat dulu sblm berckp hihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh memang tak nak cakap yang negatif spt perkataan jangan atau tidak...tp kadang-kadang TEr gak hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau boleh, tak nak ckp kat diorang, allene.
    tapi tu la, diorang byk beri tekanan kat kita ha ha ha...
    kena ckp jugak perkataan tu semua :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers